Analisis Kajian Bahasa - satu kajian analisis terhadap taksonomi-taksonomi

Disiarkan pada 6/11/17
Oleh: Pendikar Bahasa


Analisis Kesalahan Bahasa merupakan satu kaedah yang digunakan oleh para pengkaji bahasa dalam mengenalpasti kesalahan-kesalahan berbahasa yang dilakukan oleh para pengamal-pengamal bahasa sama ada kesalahan yang dilakukan terhadap bahasa sasaran ataupun bahasa ibunda. Menurut Tarigan (1988), kesalahan-kesalahan tersebut merupakan kesalahan bahagian komunikasi yang tidak sesuai atau terjadinya penyimpangan daripada penggunaan bahasa yang betul.

Kesalahan-kesalahan berbahasa boleh sahaja dilakukan oleh sesiapa sahaja, namun dalam kajian ini, kita akan memfokuskan kepada karangan-karangan yang dihasilkan oleh para pelajar sekolah Tahun 8 di Negara Brunei Darussalam sahaja, dengan mensasarkan kesalahan-kesalahan ejaan dan ayat yang dilakukan oleh mereka. Maka dengan ini, kita #pendikarbahasa akan dapat mengkategorikan jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dengan menggunakan taksonomi-taksonomi yang terdapat didalam Analisis Kesalahan Bahasa.

Metode yang digunakan adalah dengan melaksanakan langkah-langkah yang terdapat dalam Analisis Kesalahan Bahasa. Untuk menganalisis kesalahan-kesalahan berbahasa tersebut, bidang ini telah menggariskan beberapa langkah-langkah penting untuk digunakan bagi melaksanakan analisis sesebuah karangan, iaitu ada 5 sahaja:
1.      Pengenalpastian
2.      Pentafsiran
3.      Pembinaan Ayat
4.      Pengklasifikasian, dan
5.      Penjelasan.

Langkah yang perlu dilakukan ialah pengenalpastian, setiap penyelidik perlulah mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang didapati dalam bahasa antara (interlanguage) bahasa kedua pelajar. Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dibahagikan kepada dua jenis: kesalahan pertama ialah kemampuan (competance) iaitu kesalahan yang berpunca daripada kurangnya kemampuan pelajar terhadap bahasa kedua/bahasa sasaran dan kesalahan kedua pula ialah kesalahan penampilan (performance) pelajar iaitu kesalahan-kesalahan yang membabitkan faktor-faktor fizikal seperti keletihan, pengaruh emosi, lupa dan sebagainya.

Langkah seterusnya ialah dengan membuat pentafsiran, setelah mengenalpasti kesalahan-kesalahan  yang dilakukan oleh pelajar, kita hendaklah membuat penafsiran mengenai maksud ayat-ayat pelajar tersebut. Dalam penafsiran ini, kita akan dapat melihat kesalahan-kesalahan tersebut dalam bentuk nyata atau tersembunyi, bagi kesalahan nyata, kita akan dapat merujuk kepada bahasa ibunda pelajar tersebut dengan menggunakan terjemahan harafiah, manakala bagi kesalahan tersembunyi, ayat-ayat yang dihasilkan adalah betul dan memenuhi ciri-ciri keterimaan dari segi kegramatisannya, namun penggunaannya adalah tidak sesuai dari segi keadaan dan konteks ayat.

Manakala langkah seterusnya ialah pembinaan semula,  setelah selesai membuat pentafsiran, penyelidik perlulah membina semula ayat-ayat yang mengandungi kesalahan-kesalahan tersebut agar dapat diperbandingkan dengan ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar.
Kemudian, setelah selesai membina semula ayat yang salah, kita hendaklah menggolongkan kesalaha-kesalahan tersebut dengan menggunakan taksonomi-taksonomi yang ada dalam pengklasifikasian taksonomi, dalam esei ini, kita akan melihat kesalahan-kesalahan tersebut dengan menggunakan taksonomi yang ada sahaja, iaitu:

1.      Kesalahan Kategori Linguistik,
2.      Kesalahan Siasat Permukaan,
3.      Taksonomi Komparatif, dan
4.      Taksonomi Efek Komunikasi.

Melalui langkah-langkah diatas, penjelasan hperlulah dibuat bagi membincangkan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar, dengan menyatakan punca-punca yang memungkinkan pelajar tersebut membuat kesalahan-kesalahan itu, dan saranan-saranan atau cadangan-cadangan dalam mengelakkan kesalahan-kesalahan tersebut daripada terus berlaku juga akan dibincangkan.

Kelima-lima langkah ini berguna untuk menganalisis dan menjelaskan kesalahan-kesalahan berbahasa yang berlaku terhadap karangan-karangan yang didapati daripada pelajar Tahun 8, dengan mempraktikkan langkah-langkah tersebut kita akan mendapatkan hasil kajian dan kesimpulan yang diperolehi setelah selesai melaksanakan langkah-langkah tersebut melalui kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.

Dalam bab yang seterusnya kita akan melihat dan menganalisis contoh ayat yang salah dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan seperti yang dimaklumkan diatas. Contoh-contoh ayat yang dimasukkan pada bab seterusnya akan dirujuk sebagai data 1, data 2 dan data 3 kerana kajian ini akan menggunakan tiga buah karangan yang berbeza tajuk dan berlainan penulis.
Data-data yang diperolehi hendaklah dikaji dan dikenalpasti mengandungi kesalahan-kesalahan dengan mengaplikasikan langkah-langkah yang diberikan dalam analisis kesalahan bahasa. Di bawah adalah contoh ayat-ayat yang telah dikenalpasti mengandungi kesalahan.

Dalam bahagian ini, data-data yang digunakan diceraikan kepada 3 data bagi merujuk karangan yang dihasilkan oleh pelajar. Data-data tersebut ialah:
Data 1 daripada karangan yang bertajuk Sikap Pengguna Jalan Raya,
Data 2 daripada karangan yang bertajuk Disiplin Pelajar, dan
Data 3 daripada karangan yang bertajuk Faedah Mempelajari Komputer.
Karangan-karangan tersebut boleh dirujuk pada lampiran yang disediakan dibelakang.
Taksonomi yang digunakan dalam menganalisis karangan-karangan tersebut ialah dengan menggunakan taksonomi siasat permukaan dan taksonomi kategori linguistik, kerana setelah dikaji dan dikenalpasti hanya kedua-dua taksonomi ini yang terdapat dalam karangan-karangan pelajar tersebut.

Data 1.
Jenis kesalahan: kesalahan kemampuan pelajar.
Taksonomi yang digunakan: Taksonomi siasat permukaan.
Ayat salah:

1.      Pada Minggu (   ) lalu, apabila kami sekeluarga pulang dari bandar, (di)dapati ada sekumpulan remaja berlomba motosikal.
2.      Mereka berlomba dari lampu isyarat.

Dalam ayat salah, ayat pertama dan ayat kedua telah dikenalpasti kesalahannya sebagai kesalahan kemampuan kerana pelajar ini telah menggunakan kata berlomba sebanyak dua kali dalam karangan yang dihasilkannya. Setelah ditafsirkan kata berlomba itu ialah berlumba, kerana berlomba itu merupakan bahasa Indonesia dan ia adalah salah jika digunakan dalam bahasa Melayu kerana bahasa ini memiliki katanya yang tersendiri iaitu berlumba, bukan berlomba.
Manakala perkataan yang mempunyai kurungan ( ) adalah kesalahan-kesalahan yang dikategorikan sebagai taksonomi siasat permukaan iaitu penghilangan yang bermaksud ketidakhadiran sesuatu kata atau kalimat yang perlu hadir. Ketidakhadiran kata tersebut telah menyebabkan ayat yang dihasilkan  adalah kurang sempurna dan kurang difahami.
Maka ayat sebetulnya ialah:
1.      Pada minggu (yang) lalu, apabila kami sekeluarga pulang dari bandar, (ter)dapat sekumpulan remaja lelaki berlumba motosikal.
2.      Mereka berlumba (bermula) dari lampu isyarat
Perkara yang memungkinkan pelajar ini masih melakukan kesalahan-kesalahan yang sama adalah disebabkan kurangnya pembacaan-pembacaan melalui buku-buku, surat khabar dan majalah ataupun terpengaruh daripada bahasa asing yang, namun daripada analisis yang didapati di sini ialah pelajar ini tidak mendapat teguran daripada gurunya kerana

Data 2.
Jenis kesalahan: kesalahan kesilapan pelajar.
Taksonomi yang digunakan: Taksonomi siasat permukaan.

Ayat salah:
1.      Contohnya berkelahi, membawa telepon bimbit, mencoteng papan hitam.
2.      Mereka suka ponteng sekolah kerana tidak mau belajar, dan (    ) kebanyakkan murid yang ponteng sekolah akan ketinggalan pelajaran.

Dalam ayat salah diatas, ayat pertama dan ayat kedua telah dikenalpasti kesalahan yang terdapat padanya iaitu pelajar ini telah salah eja perkataan iaitu telefon menjadi telepon, mahu menjadi mau.
Namun, dalam ayat yang kedua terdapat kesalahan dari segi kemampuan pelajar iaitu pada perkataan kebanyakkan, pelajar masih belum dapat membezakan fungsi bagi imbuhan ke…an dan ke…kan, akan tetapi ayat-ayat diatas masih dapat difahami sungguhpun kesalahan yang dilakukan adalah begitu ketara sekali. Dalam ayat kedua, terdapat kurungan kosong diatas yang menunjukkan kesalahan dari segi penghilangan (omissi), perkataan yang sepatutnya dimasukkan didalam ayat tersebut ialah menyebabkan.

Setelah berjaya ditafsirkan apa yang dimaksudkan oleh penulis karangan ini dengan ayat diatas, dapatlah kita membina semula atau rekonstrusi semula ayat-ayat yang salah tersebut dengan menggunakan ayat yang lebih sesuai dan gramatis.

Maka ayat yang sebetulnya ialah:
1.      Contohnya berkelahi, membawa telefon bimbit, menconteng papan hitam.
2.      Mereka selalu ponteng sekolah kerana tidak mahu belajar dan perkara ini boleh (menyebabkan) kebanyakan murid ketinggalan banyak pelajaran.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan pelajar ini dipercayai berlaku disebabkan oleh terdapatnya pengaruh daripada bahasa asing yang memungkinkan beliau melakukan kesalahan tersebut, kesalahan jenis ini adalah sedia maklum sekiranya pelajar tersebut sering mendapat maklumat mengenai bahasa melalui media massa dari luar, contohnya rancangan-rancangan tv dari Indonesia, dapat dilihat juga pelajar ini kurang mengambil perhatian dalam kelas kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam ayat diatas seperti penggunaan kata mau dan telepon adalah daripada bahasa Indonesia.
 Kesalahan-kesalahan seperti ini dapat dikenalpasti akan berlaku secara konsisten, kerana melalui karangan tersebut, guru yang membuat pemarkahan tersebut tidak membetulkan semula dan pelajar tidak akan mengetahui kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ini.

Data 3
Jenis kesalahan: kesalahan kemampuan dan kesalahan penampilan pelajar
Taksonomi yang digunakan: Taksonomi siasat permukaan.

Ayat salah:
1.      Ianya banyak digunakan (   ) masa sekarang.
2.      Komputer sekarang ini banyak yang berjenama seperti vaio, Dell, Epal, Ferari dan lain-lain.
Dalam ayat 1, kesalahan yang dikenalpasti ialah kesalahan kemampuan iaitu pelajar ini tidak mampu menggunakan perkataan yang sesuai iaitu perkataan pada pada tempat yang sesuai sebagai kata bantu.

Manakala dalam ayat 2 pula merupakan kesalahan dari segi penampilan, kekurangan idea kreatif pelajar dalam pemilihan kata dalam mengolah ayat telah mengakibatkan ayat yang dihasilkan kurang kualiti, seperti dalam ayat ke 2 iaitu ‘komputer sekarang ini banyak yang berjenama’, ayat yang sebetulnya ialah ‘Pelbagai jenama komputer telah dicipta’. Setelah melalui pentafsiran, dapatlah kita membina semula ayat-ayat yang salah tersebut dengan menggunakan kata-kata yang lebih sesuai seperti dibawah ini.

Ayat sebetulnya ialah:
1.      Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia.
2.      Pelbagai jenama komputer telah dicipta seperti: Vaio, Dell, Apple, Ferrari, dan lain-lain.
Kesalahan-kesalahan yang didapati dari pelajar ini kebanyakannya ditemui sama dengan pelajar-pelajar diatas yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar yang lain, kelemahan-kelemahan pada segi penampilan, pelajar mengetahui kata-kata yang betul yang didengar melalui ujaran dan komunikasi, akan tetapi kelemahan mereka dapat dilihat dalam pembinaan ayat seperti kata nama vaio, epal dan ferari, kata yang sebetulnya adalah Vaio, Apple dan Ferarri, kesalahan ini dikenalpasti sebagai kesalahan penggunaan ejaan yang termasuk dalam taksonomi kategori linguistik .




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Analisis Kesalahan Bahasa

SINONIM DAN KESINONIMAN KATA BAWA

Taksonomi Kesalahan Berbahasa