Bab 4 Penggunaan fonem ng- dalam Bahasa Melayu Brunei


4.0       PENGENALAN
Bab ini merupakan kesinambungan daripada bab 3, iaitu Analisis Kajian yang dianalisis daripada aplikasi media sosial, iaitu Whatsapp dan Facebook serta jawapan-jawapan yang diperolehi melalui soal kaji selidik (Lampiran 1). Data yang dianalisis dalam bab 3 (Hal. 16) adalah berpandukan kepada beberapa objektif kajian yang telah ditentukan, iaitu:
1.      Mengenalpasti kekerapan fonem /ŋ/ yang digunakan oleh penutur-penutur BMB.
2.      Mengenalpasti fungsi fonem /ŋ/ yang digunakan dalam kata kerja dan kata nama.
3.      Membandingkan fungsi fonem /ŋ/ yang ada dalam BMB dengan awalan meng- dalam BMS.
4.      Mencirikan penggunaan fonem /ŋ/ yang digunakan dalam kata kerja dan kata nama.
Oleh yang demikian, menerusi bab 4 ini, kajian akan membuat beberapa perbincangan dengan lebih lanjut mengenai objektif-objektif yang dinyatakan di atas dengan berpandukan kepada hasil analisis kajian yang telah dinyatakan sebelum ini.

4.1       KEKERAPAN PENGGUNAAN FONEM /Ŋ/ DI KALANGAN          PENUTUR BMB
Dalam analisis kajian, kekerapan penggunaan fonem /ŋ/ dilihat pada data yang diperolehi daripada media sosial akan dijelaskan kepada dua bahagian, iaitu pertama, data yang diperolehi dan dikumpulkan melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook. Melalui kedua-dua aplikasi berkenaan, data kajian telahpun digabungkan untuk dikira jumlah kekerapan penggunaan fonem /ŋ/, iaitu sebanyak 33 perkataan yang berfonemkan /ŋ/ telah berjaya dikumpulkan dan dicatatkan untuk dianalisis jumlah kekerapan penggunaannya, yang  terdiri daripada ‘ngeluarkan’, ‘ikungnya’,ngada-ngada’, ‘ngalah-ngalah’, ‘nganjung’, ‘ngunjar’, ‘ngorek’, ‘nggatal’, ‘ngamuk’, ‘ngaibkan’, ‘ngeratkan’, ‘ngudar’, ‘ngampaikan’, ‘ngaga’, ‘ngantar’, ‘ngucapkan’, ‘ngorekkan’, ‘ngandat’ danngerajakan’ telah mencatatkan jumlah kekerapan penggunaan sebanyak sekali sahaja. Sementara itu, kajian turut mencatatkan sebanyak dua kali kekerapan penggunaan bagi perkataan ‘ngapa’, ‘ngomen’, ‘ngisi’, ‘ngomplen’, ‘ngikis’ danngisap’. Manakala perkataan ‘ngucap’ dan ‘ngail’ mencatatkan kekerapan sebanyak tiga kali, perkataan ‘ngakun’, ‘ngasuh’ dannganu’ telah mencatatkan sebanyak empat kali kekerapan, perkataan ‘nganya’ sebanyak tujuh kali kekerapan, perkataan ‘ngacau’ telah mencatatkan sebanyak sembilan kali kekerapan dan sebanyak 15 kali kekerapan telah  pun dicatatkan bagi perkataan ‘ngambil’.
Analisis kedua, adalah kajian daripada soal kaji selidik. Sebanyak 30 perkataan yang mengandungi fonem /ŋ/ sama ada pada awal kata, pertengahan kata dan akhir kata telah disediakan untuk dijawab oleh para responden sama ada mereka menggunakan perkataan-perkataan tersebut ataupun tidak. Data-data berkenaan bolehlah dirujuk dalam Lampiran 2. Hasil daripada soal kaji selidik telah mendapati bahawa seramai 33 orang daripada 35 orang responden bersetuju bahawa mereka ada menggunakan perkataanngajar’, ‘ngampai’, ‘ngambil’, ‘ngurik’, ‘nyangku’ dan ‘lampung’. Sebanyak 19 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngarik’, ‘mamangku’ danngancur’, sebanyak 15 orang responden turut menggunakan perkataan ‘ngambit’, sebanyak tujuh orang responden lagi ada menggunakan perkataan ‘ngabab’, 31 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngangkut’, ‘ngipak’ dan ‘ngatuk’, 35 orang responden ada mengggunakan perkataan ‘ngampas’, lima orang responden menggunakan perkataan ‘sudungku’, 32 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngupas’ dan ‘ngalau’, 28 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngintu’, 34 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngacau’, 20 orang responden adan menggunakan perkataan ‘ngguring’, sembilan orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngarusuh’, 21 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngurak’ dannggitawu’, empat orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngilar’, lapan orang responden ada menggunakan perkataan ‘matukangku’, 11 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngabat’, 12 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngurabat’, 17 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ngunggak’ dan 29 orang responden ada menggunakan perkataan ‘ikung’.
Berdasarkan jumlah-jumlah kekerapan di atas telah menunjukkan bahawa perkataan-perkataan yang berfonemkan /ŋ/ tersebut banyak digunakan di kalangan penutur BMB sama ada pada awal kata, pertengahan kata dan akhir kata tersebut.

4.2       KEDUDUKAN FONEM /Ŋ/ DALAM KATA KERJA DAN KATA NAMA
Kajian telah mendapati bahawa kedudukan fonem /ŋ/ dalam BMB boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, terdiri daripada:
1.      Kedudukan fonem /ŋ/ dalam kata kerja pada awal kata, dan
2.      Kedudukan fonem /ŋ/ dalam kata nama pada pertengahan kata.

4.2.1          Kedudukan Fonem /ŋ/ Dalam Kata Kerja Pada Awal Kata
Kedudukan fonem /ŋ/ dalam kata kerja pada awal kata yang terdapat dalam BMB selalunya diletakkan pada bahagian awal kata berkenaan, iaitu dengan meletakkan fonem /ŋ/ kemudian, diikuti oleh kata kerja tersebut. Contoh bagi kata kerja yang berfonemkan /ŋ/ pada awal kata tersebut adalah seperti berikut:
KATA KERJA DALAM BMB
DATA
BENTUK KATA KERJA DALAM  BMB
BMS
1.      Ajar
ngajar
mangajar
mengajar
2.      Ampai
ngampai
mangampai
meletak
3.      Arik
ngarik
mangarik
memanggil
4.      Ambit
ngambit
mangambit
membuka (pintu)
5.      Abab
ngabab
mangabab
meniarap
6.      Angkut
ngangkut
mangangkut
mengangkut
7.      Ambil
ngambil
mangambil
mengambil
8.      Ampas
ngampas
mangampas
mengampas
9.      Kupas
ngupas
mangupas
mengupas
10.  Kurik
ngurik
mangurik
mengorek
11.  Intu
ngintu
mangintu
mengintu
12.  Kacau
ngacau
mangacau
mengacau
13.  Kipak
ngipak
mangipak
mengipak
14.  Urak
ngurak
mangurak
membuka (tikar)
15.  Unggak
ngunggak
mangunggak
menidurkan (bayi)
16.  Gitawu
nggitawu
manggitawu
memberitahu
17.  Kilar
ngilar
mangilar
menipu
18.  Kabat
ngabat
mangabat
menutup (pintu)
19.  Kurabat
ngurabat
mangurabat
berbuat bunyi bising
20.  Guring
ngguring
mangguring
menggoreng
21.  Garusuh
nggarusuh
manggarusuh
tergesa-gesa
22.  Hancur
ngancur
mangancur
menghancur
23.  Halau
ngalau
mangalau
menghalau
24.  Katuk
ngatuk
mangatuk
mengetuk
Jadual 12: kata kerja yang berfonemkan /ŋ/ pada awal kata
Contoh di atas merupakan contoh bagi kata kerja dalam BMB yang mengalami fonem /ŋ/ pada permulaan kata, telah menunjukkan akan kedudukan fonem /ŋ/ dan memperlihatkan fungsi yang sama dengan awalan /mang/ dalam BMB dan awalan /meng/ dalam BMS khususnya yang mempunyai perkataan yang sama.

4.2.2    Kedudukan Fonem /ŋ/ Dalam Kata Nama Pada Pertengahan Kata
Manakala kedudukan fonem /ŋ/ pada kata nama pula telah didapati akan kedudukannya iaitu pada pertengahan suatu kata nama BMB dengan diakhiri singkatan ‘-ku’. Tanpa adanya singkatan ‘-ku’, maka, fonem /ŋ/ sebagai penyisipan nasal dalam BMB tidak nampak berfungsi.
BENTUK KATA NAMA DALAM BMB
DATA
BMS
1.      Mamaku
Mamangku
ibuku
2.      Bapaku
Bapangku
ayahku
3.      Lakiku
Lakingku
suamiku
4.      Suduku
Sudungku
suduku
5.      Matukaku
matukangku
keretaku
6.      Adikku
Adingku
adikku
7.      Kakakku
kakangku
kakakku
8.      Bukuku
bukungku
bukuku
9.      Cucuku
Cucungku
cucuku
10.  Sikuku
Sikungku
sikuku
11.  Kakiku
kakingku
kakiku
Jadual 13: Fonem /ŋ/ dalam kata nama pada pertengahan kata
Jadual di atas menunjukkan sejumlah 11 perkataan yang tergolong sebagai kata nama yang menerima penyisipan nasal fonem /ŋ/ yang diakhiri dengan akhiran –ku. Dalam BMB, penyispan nasal ini hendaklah disertai dengan akhiran –ku, sekiranya tidak ada akhiran –ku. Kata nama tanpa akhiran ‘-ku’ dalam BMB seperti mamang, kakang, bapang, laking dan sebagainya tidak pernah wujud dalam BMB, malahan dalam tatabahasa BMB, ia dianggap sebagai tidak gramatis.
Secara jelasnya, setiap kata nama yang menerima penyisipan nasal /ŋ/ hendaklah diakhiri dengan singkatan –ku. Fungsi fonem /ŋ/ pada akhir kata nama atau penyisipan nasal dalam kata nama BMB hanyalah sebagai tambahan bunyi pada kata dasar dan ia bukanlah dikatakan sebagai imbuhan sepertimana yang berlaku dalam golongan kata kerja BMB.

4.3       PERBANDINGAN FUNGSI FONEM /Ŋ/ ANTARA BMB DENGAN AWALAN MENG- DALAM BMS.
Fonem /ŋ/ dalam BMB pula berfungsi sebagai permulaan kata pada awal kata kerja, manakala itu, awalan {meng} dalam BMS pula berfungsi sebagai imbuhan awalan kata kerja.
Jadual di bawah ini memperlihatkan bagaimana perbandingan dibuat di antara fonem /ŋ/ pada awal kata kerja BMB dan imbuhan awalan {meng-} dalam BMS yang akan memperlihatkan persamaan fungsi di antara fonem /ŋ/ dalam BMB dan imbuhan awalan {meng-} dalam BMS sebagai imbuhan dan awalan kata kerja.
KATA KERJA BMB
Fonem /ŋ/ + KK
Imbuhan + KK
BMS
1.      Ajar
ngajar
mengajar
mengajar
2.      Ampai
ngampai
mengampai
meletak
3.      Arik
ngarik
mengarik
memanggil
4.      Ambit
ngambit
mengambit
membuka (pintu)
5.      Abab
ngabab
mengabab
meniarap
6.      Angkut
ngangkut
mengangkut
mengangkut
7.      Ambil
ngambil
mengambil
mengambil
8.      Ampas
ngampas
mengampas
mengampas
9.      Kupas
ngupas
mengupas
mengupas
10.  Kurik
ngurik
mengurik
mengorek
11.  Intu
ngintu
mengintu
mengintu
12.  Kacau
ngacau
mengacau
mengacau
13.  Kipak
ngipak
mengipak
mengipak
14.  Urak
ngurak
mengurak
membuka (tikar)
15.  Unggak
ngunggak
mengunggak
menidurkan (bayi)
16.  Gitawu
nggitawu
menggitawu
memberitahu
17.  Kilar
ngilar
mengilar
menipu
18.  Kabat
ngabat
mengabat
menutup (pintu)
19.  Kurabat
ngurabat
mengurabat
berbuat bunyi bising
20.  Guring
ngguring
mengguring
menggoreng
21.  Garusuh
nggarusuh
menggarusuh
tergesa-gesa
22.  Hancur
ngancur
mengancur
menghancur
23.  Halau
ngalau
mengalau
menghalau
24.  Katuk
ngatuk
mengatuk
mengetuk
Jadual 14: Perbandingan di antara fonem /ŋ/ pada awal kata kerja BMB dan imbuhan awalan {meng-} dalam BMS
Jadual di atas menunjukkan data yang berfonemkan /ŋ/ pada awal perkataan dengan imbuhan {meng-} + KK. Dan, ia memperlihatkan fungsi yang sama, iaitu menghasilkan kata kerja terbitan. Perkataan-perkataan yang berfonemkan /ŋ/ pada awal kata dan berimbuhan awalan {meng-} tersebut juga menunjukkan fungsinya sebagai imbuhan kata kerja yang bersifat transititif.

4.4       PENCIRIAN FONEM /Ŋ/ YANG DIGUNAKAN DALAM KATA     KERJA DAN            KATA NAMA
Dalam perbahasan sebelum ini telah dijelaskan bagaimana fonem /ŋ/ digunakan dalam kata kerja dan kata nama, serta memperlihatkan bagaimana fonem /ŋ/ dalam BMB mempunyai persamaan dengan imbuhan awalan {meng-} dalam BMS terutama sekali dalam kata kerja.
Namun begitu, berbeza dengan fonem /ŋ/ dalam kata nama,  kajian telah mendapati bahawa tidak ada persamaan bagi fonem /ŋ/ yang digunakan dalam kata kerja dan kata nama dalam BMB, akan tetapi perbezaan yang jelas adalah mengenai kedudukan fonem /ŋ/ dalam kata kerja dan kata nama adalah tidak sama sekali dan fungsi yang dibawa oleh fonem /ŋ/ dalam kata kerja dan kata nama juga berbeza sekali.
Kedudukan fonem /ŋ/ dalam kata kerja boleh diperhatikan bagaimana fonem tersebut diletakkan di bahagian awal suatu kata kerja, contohnya ‘ngajar’, ‘ngampai’, ‘ngarik’, ‘ngambit’, ‘ngabab’, ‘ngangkut’, ‘ngambil’ dan sebagainya.
Manakala fonem /ŋ/ dalam kata nama boleh dilihat bagaimana fonem /ŋ/ diletakkan di tengah-tengah suatu kata nama yang diakhiri dengan singkatan kata –ku, contohnya ‘mamangku’, ‘bapangku’, ‘lakingku’, ‘kakingku’ dan sebagainya, dan fonem /ŋ/ turut digunakan sebagai akhiran kata dasar sebagaimana yang terdapat dalam kata lampu yang ditambah dengan akhiran fonem /ŋ/ menjadi lampung tanpa mengubah sedikit makna daripada maksud lampu tersebut.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Analisis Kesalahan Bahasa

SINONIM DAN KESINONIMAN KATA BAWA

Taksonomi Kesalahan Berbahasa