Kaedah Mengalami-Menghayati
PENGENALAN
Kaedah
mengalami-menghayati merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digunakan oleh
para guru sekolah menengah dalam menyampaikan sesuatu bentuk pendidikan seperti
dalam bidang kesusasteraan dan bahasa.
Menurut
Googman (1962), kaedah ini merupakan sesuatu pengalaman yang dikaji menurut apa
yang dianggap oleh pembaca itu sendiri, individu tersebut mempunyai
pengalamannya tersendiri, terhasil daripada pengalaman yang pernah dialami oleh
individu tersebut. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pendengar
atau pembaca yang mampu menghayatinya sama ada melalui cara lisan mahupun
pembacaan.
Kaedah
ini mementingkan kenikmatan dan penghayatan. Guru memainkan peranan penting
dalam menggunakan kesemua pengalaman dan pengetahuannya mengenai sesuatu aspek
penyampaian terutama sekali dalam bidang pengajaran agar pelajar atau pembaca
mendapat ataupun merasai sesebuah pengalaman yang berguna daripada guru-guru
mereka. Lantas kaedah ini memberi kesan yang positif serta membina bagi
menampah pengetahuan dan intelek sosial pelajar-pelajar mereka.
Pengajaran
tidak hanya tertumpu kepada sesebuah perhatian atau objektif tertentu, namun ia
lebih menjurus kepada menarik minat seseorang pelajar dengan mencungkil serta
mengongsikan segala pengalaman yang pernah mereka lalui. Sesorang guru
hendaklah peka dan cekap dalam menarik perhatian dan minat para pelajar yang
berperanan penting untuk menyuburkan imaginasi para pelajarnya. Mereka
seharusnya dilatih dan dididik untuk berfikiran secara kritis dan terbuka yakni
dengan memberikan pendapat, pertimbangan, penilaian, kritikan dan sebagainya.
Pelajar
yang dilatih dan dididk dengan menggunakan kaedah ini akan mampu membuat
simulasi mereka sendiri agar wujud kefahaman yang mendalam. Kaedah ini mampu
memberikan kepuasan serta meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar
iaitu dengan menggunakan pengalam masing-masing dalam menghadapi dan menanggapi
karya sastera.
RANCANGAN MENGAJAR
Dalam
pengajaran yang kami jalankan, kami telah mengambil salah satu tajuk sajak tingkatan
4 iaitu Sajak Remaja yang dihasilkan
oleh Rahman Shaari. (Sila rujuk lampiran
1 dan lampiran 2).
Sajak
ini dipilih kerana guru yang mengajar tersebut mempunyai pengalaman mereka
tersendiri sebagai seorang remaja dan masalah-masalah yang pernah menimpa
kepada kawan-kawan yang seusia ketika berada di alam remaja, pelbagai
permasalahan berlaku seperti isu-isu sosial, dadah, pergaulan bebas, samseng,
buang anak dan sebagainya.
Namun,
sebagai objektif atau tujuan yang disampaikan sajak ini ialah pertama, agar
para pelajar dapat memahami isi tersurat dan tersirat yang tergantung dalam
sajak yang diajarkan, kedua, agar pelajar boleh menghayai dan menilai harga
diri mereka sebagai seorang remaja yang sangat bernilai dan ketiga, agar para
pelajar dapat menggunakan daya intelektual mereka untuk mengetahui apakah
sebab-sebab atau sejarah-sejarah yang berlaku di sekeliling kita ini melalui
penyampaian sajak tersebut.
Dari
segi aktiviti pengajaran pula, pada induksi set, guru telah menggunakan abm (alat bantu
mengajar) dengan menayangkan tayangan deklamasi sajak yang diambil dari laman
Youtube, seterusnya mereka diminta untuk menjelaskan perasaan mereka selepas
menonton rakaman video tersebut, ada pelajar menyatakan bahawa mereka berasa
sedih melihat keadaan remaja sekarang yang banyak membuang masa dan
mensia-siakannya dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menguntungkan hidup
mereka.
Seterusnya
pada langkah pertama, pelajar diminta untuk menjelaskan makna/maksud yang
terkandung dalam setiap sajak tersebut dan guru telah meminta seorang wakil
dari pelajar lelaki dan perempuan sebelum guru menerangkan secara lebih lanjut
lagi mengenai makna/maksud sajak tersebut.
Kemudian,
pada langkah kedua pula, guru meminta pelajar untuk menjelaskan tema dan
persoalan serta bertanyakan kepada pelajar sebab-sebab guru mengambil tajuk ini
sebagai tajuk pengajaran yang dijalankan pada hari tersebut. Seterusnya pelajar
diminta untuk menjelaskan bentuk sajak, nada, mesej atau sudut pandangan yang
terkandung dalam sajak tersebut.
Pada
langkah akhir sekali iaitu pengukuhan, guru meminta pelajar untuk menyuarakan
pengajaran-pengajaran yang boleh didapati daripada sajak ini serta bertanyakan
mereka tentang kefahaman mereka terhadap sajak yang dijelaskan pada awal tadi.
PENILAIAN
Sewaktu
pengajaran dijalankan, rata-rata pelajar yang diajar sungguh fokus sekali
mengikuti pengajaran yang dijalankan, mereka dilihat sangat tertarik dan teruja
dengan pengajaran yang dibuat. Pelajar memberikan kerjasama dan perhatian yang
sepenuhnya serta mereka mampu menjawab soalan yang diajukan oleh guru dengan
baik sekali.
Menariknya,
pelajar secara terbuka mampu menjelaskan dan berkongsi pengalaman mereka
sebagai seorang remaja yang sentiasa berhati-hati dan peka agar tidak terlibat
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah serta sedar dengan berbuat
sedemikian, masa depan dan harapan keluarga serta negara akan hancur dengan
sekelip mata sahaja.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
PENDEKATAN
Kaedah
mengalami-menghayati adalah salah satu kaedah pengajaran yang memberikan banyak
manfaat kepada guru dan pelajar, kebaikan yang diperolehi melalui kaedah ini
ialah:
1. Dapat
bertukar fikiran dan pengalaman di antara pengajar dan pelajar.
2. Memberi
peluang kepada pengajar untuk mengentahui dan mengenalpasti potensi yang ada
pada pelajar.
3. Dapat
membina keyakinan pelajar untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.
4. Mampu
menjalin satu hubungan komunikasi dengan baik.
5. Pelajar
lebih berminat untuk berkongsi pengalaman yang pernah mereka lalui.
6. Kaedah
ini mampu mengadakan sebuah hubungan yang rapat dan muhibah di antara pelajar
dengan guru.
7. Pelajar
berasa selesa untuk menyuarakan pendapat dan pengalaman mereka dengan orang
ramai.
Di
samping kelebihan yang didapati daripada kaedah ini, namun terdapat beberapa
kelemahan yang dapat dikenalpasti daripada kaedah ini, iaitu:
1. Pelajar
yang tidak mempunyai pengalaman tidak dapat menyuarakan pendapat mereka,mungkin
kaedah ini akan mendorong mereka untuk berbohong agar mereka terasa dipandang
rendah oleh pengajar sendiri mahupun kawan-kawan.
2. Pelajar
tidak dapat menyampaikan apa yang mereka cuba sampaikan kerana perasaan malu
dan rendah diri yang mendalam dalam diri mereka.
3. Guru
seharusnya memberi peluang dan meminta semua pelajar untuk menyuarakan
pernyataan mereka agar pelajar terasa dilayan secara adil dan tidak pilih
kasih.
4. Kaedah
ini hanya dibuat berdasarkan kepada pengalaman dan tidak memfokuskan kepada
ciri-ciri yang perlu diajarkan yang perlu dilakukan kepada pengajaran semasa.
KESIMPULAN
Dalam
pengajaran, kaedah menghayati dan mengalami merupakan salah satu kaedah yang
efektif yang digunakan oleh para pengajar di dalam kelas. Kaedah ini mempunyai
pelbagai kelebihan yang banyak membantu pelajar dalam menarik minat dan
menanamkan perasaan berani bercakap atau menyampaikan bentuk komunikasi meraka
terutama sekali kepada khalayak orang ramai.
Pelajar
lebih tampak berkeyakinan dan selesa apabila mendapati guru mereka menggunakan
kaedah ini yang seringkali menggunakan pengalaman mereka untuk membantu mereka
dalam menerapkan pembelajaran dan pengajaran, kerana dengan ini guru dan
pelajar dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang belum didapati oleh
pelajar-pelajar tersebut, dan ini memperlihatkan kaedah ini sangat
‘mesra-pelajar’ yakninya mudah diterima dan digunakan oleh guru mahupun
pelajar.
Sungguhpun
begitu, seorang guru seharusnya lebih cekap dan peka dengan mengenalpasti
segala potensi yang adapada seorang pelajar mereka, maka dari sinilah seorang
guru memainkan peranan penting dalam membentuk dan membina sahsiah seorang
pemuda harapan bangsa yang mampu berdiri dan berdaya saing dengan cara mereka
yang tersendiri.
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN 1
Kaedah: Mengalami- Menghayati
Tingkatan
|
:
|
4
|
Genre
|
:
|
Sajak
Remaja oleh Rahman Shari
|
Waktu
|
:
|
1-1.40
Petang
|
Masa
|
:
|
40
Minit
|
Objektif
|
:
|
Di
akhir pelajaran ini, para pelajar diharap,
|
|
|
1.
Dapat memahami sajak yang diajarkan.
|
|
|
2.
pelajar boleh menghayati dan menilai harga diri sebagai seorang remaja.
|
|
|
3.
Boleh menggunakan daya intelek mereka untuk mengetahui sejarah-sejarah yang
pernah berlaku melalui penyampaian sajak.
|
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti
|
Catatan
|
Induksi set (5
min)
|
Rangsangan
memperkenalkan sajak Mahsuri
|
1)
Guru memainkan tayangan klip video/deklamasi sajak Remaja.
|
Tayangan
Video (Komputer)
Bertanyakan
perasaan pelajar
|
Langkah 1 (10
min)
|
Mentafsirkan
Sajak
|
1)
Meminta pelajar untuk mentafsirkan sajak.
2)
Guru menjelaskan maksud sajak
|
Pelajar
dibawa menyelami dan menghayati keindahan sajak tersebut.
Guru
memulakan soalan-soalan yang mudah spt pengalaman pelajar sebagai seorang
remaja.
|
Langkah 2 (20
min)
|
Ciri-ciri
sajak
|
1)
meminta pelajar untuk menjelaskan tema dan persoalan.
(kemri)
2)
meminta pelajar untuk menjelaskan bentuk sajak/
nada/mesej
atau sudut pandangan.
|
Meminta
pelajarmenereangakan mengapa tajuk sajak ini dipilih sebagai topik
pembelajaran hari ini:
(isu
semasa)
|
Penutup
|
Pengukuhan
|
1)Pengajaran
yang boleh didapati dari sajak ini.
2)
Bertanya kepada pelajar untuk mengetahui sejauhmana kefahaman mereka mengenai
bentuk, tema dan persoalan sajak ini
|
|
LAMPIRAN 2
SAJAK HARGA REMAJA (TINGKATAN 4)
Berapakah Sebenarnya Harga Remaja
Yang Bersih
Dari Gelodak Kecewa
Bagai Kehijauan Daun
Bagai Kesegaran Pohon
Di Pinggir Perjalanan Ini?
Dengan Apakah Akan Kau Penuhi
Piala Remajamu
Adakah Cuka Kesangsian
Dari Cinta Maruah
Atau Madu Ajaran
Dari Ilmu Susah
Remaja Amat Mahal
Sesungguhnya
Tiada Terbeli Oleh Perjanjian
Harga Remaja Adalah Pendirian
Keberanian Dan Ilmu
Penuhilah Remajamu
Dengan Ketentuan Tuju
Rahman Shaari
Ulasan
Catat Ulasan