Taksonomi-taksonomi dalam Analisis Kesalahan Bahasa
Disiarkan pada: 6/11/17
Oleh: Pendikar Bahasa
BAB 1: PENGENALAN
Analisis
Kesalahan Bahasa merupakan satu kaedah yang digunakan oleh para pengkaji bahasa
dalam mengenalpasti kesalahan-kesalahan berbahasa yang dilakukan oleh para
pengamal-pengamal bahasa sama ada kesalahan yang dilakukan terhadap bahasa
sasaran ataupun bahasa ibunda. Menurut Tarigan (1988), kesalahan-kesalahan
tersebut merupakan kesalahan bahagian komunikasi yang tidak sesuai atau
terjadinya penyimpangan daripada penggunaan bahasa yang betul.
Para pengkaji
bahasa yang lain turut mengemukakan pandangan mereka mengenai analisis
kesalahan bahasa ini di antaranya, Hartman dan Stok (1972) menjelaskan bahawa, Analisis
Kesalahan Bahasa merupakan satu teknik untuk mengkaji dan juga untuk mengetahui
sejauh mana kemampuan dan kemajuan bahasa pelajar dengan cara mencatat dan mengklasifikasikan
kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar tersebut.
Menurut
Oller dan Richards (1972) dan Corder (1972) pula, mereka menyifatkan Analisis
kesalahan bahasa ini sebagai “dealing with the differences between the way
people learning a language speaks and the way adult native speakers of the
language use the language”.
Dari
pendapat-pendapat yang telah dinyatakan di atas, jelaslah bahawa analisis
kesalahan bahasa adalah kaedah yang sangat berguna dan efektif dalam mengkaji
dan menganalisis kesalahan-kesalahan dalam berbahasa, bukan itu sahaja, dengan
kaedah ini kita dapat mengetahui data-data mengenai sosiolinguistik khasnya.
Kesalahan-kesalahan berbahasa boleh
sahaja dilakukan oleh sesiapa sahaja, namun dalam kajian ini, kami akan
memfokuskan kepada karangan-karangan yang dihasilkan oleh beberapa orang pelajar
sekolah Tahun 8 di Negara Brunei Darussalam sahaja,#pendikarbahasa dengan mensasarkan
kesalahan-kesalahan ejaan dan ayat yang dilakukan oleh mereka. Maka dengan ini,
kita akan dapat mengkategorikan jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar dengan menggunakan taksonomi-taksonomi yang terdapat didalam Analisis
Kesalahan Bahasa.
BAB 2: METODE KAJIAN
Metode
yang digunakan dalam analisis ini adalah dengan melaksanakan langkah-langkah
yang terdapat dalam Analisis Kesalahan Bahasa. Untuk menganalisis
kesalahan-kesalahan bahasa tersebut, bidang ini telah menggariskan beberapa
langkah-langkah penting untuk digunakan bagi melaksanakan analisis sesebuah
karangan, iaitu ada 5 sahaja:
1. Pengenalpastian
2. Pentafsiran
3. Pembinaan
Ayat
4. Pengklasifikasian,
dan
5. Penjelasan.
Langkah
pertama yang perlu dilakukan ialah pengenalpastian, setiap penyelidik perlulah
mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang didapati dalam bahasa antara (interlanguage)
bahasa kedua pelajar. Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dibahagikan kepada dua
jenis: kesalahan pertama ialah kemampuan (competance) iaitu kesalahan yang
berpunca daripada kurangnya kemampuan pelajar terhadap bahasa kedua/bahasa
sasaran dan kesalahan kedua pula ialah kesalahan penampilan (performance)
pelajar iaitu kesalahan-kesalahan #pendikarbahasa yang membabitkan faktor-faktor fizikal
seperti keletihan, pengaruh emosi, lupa dan sebagainya, dan beberapa kesalahan
lain lagi yang boleh dikenali seperti kesalahan fonologi dan keslaahan
morfologi.
Langkah
seterusnya ialah dengan membuat pentafsiran, setelah mengenalpasti
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar, kita hendaklah membuat penafsiran mengenai maksud ayat-ayat pelajar
tersebut. Dalam penafsiran ini, kita akan dapat melihat kesalahan-kesalahan
tersebut dalam bentuk nyata atau tersembunyi, bagi kesalahan nyata, kita akan
dapat merujuk kepada bahasa ibunda pelajar tersebut dengan menggunakan
terjemahan harafiah, manakala bagi kesalahan tersembunyi, ayat-ayat yang
dihasilkan adalah betul dan memenuhi ciri-ciri keterimaan dari segi
kegramatisannya, namun penggunaannya adalah tidak sesuai dari segi keadaan dan
konteks ayat.
Manakala #pendikarbahasa langkah seterusnya ialah pembinaan semula,
setelah selesai membuat pentafsiran, penyelidik perlulah membina semula
ayat-ayat yang mengandungi kesalahan-kesalahan tersebut agar dapat
diperbandingkan dengan ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar.
Kemudian,
setelah selesai membina semula ayat yang salah, kita hendaklah menggolongkan
kesalahan-kesalahan tersebut dengan menggunakan taksonomi-taksonomi yang ada
dalam pengklasifikasian taksonomi, dalam esei ini, kita akan melihat
kesalahan-kesalahan tersebut dengan menggunakan taksonomi yang ada sahaja,
iaitu:
1. Kesalahan
Siasat Permukaan,
2. Kesalahan
Kategori Linguistik,
3. Taksonomi
Komparatif, dan
4. Taksonomi
Efek Komunikasi.
Melalui
langkah-langkah diatas, penjelasan perlulah dibuat bagi membincangkan
kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar, dengan menyatakan punca-punca yang
memungkinkan pelajar tersebut membuat kesalahan-kesalahan itu, dan
saranan-saranan atau cadangan-cadangan bagi mengelakkan kesalahan-kesalahan tersebut
daripada terus berlaku.
Kelima-lima
langkah ini amat berguna #pendikarbahasa untuk menganalisis dan menjelaskan kesalahan-kesalahan
berbahasa yang berlaku terhadap karangan-karangan yang didapati daripada
pelajar Tahun 8, dengan mempraktikkan langkah-langkah tersebut kita akan
mendapatkan hasil kajian dan kesimpulan setelah selesai melaksanakan
langkah-langkah tersebut.
Dalam
bab yang seterusnya kita akan melihat dan menganalisis contoh ayat-ayat yang
salah dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan seperti yang dimaklumkan
diatas. Contoh-contoh ayat yang #pendikarbahasa dimasukkan pada bab tersebuta akan dirujuk
sebagai data 1, data 2 dan data 3 kerana kajian ini akan menggunakan tiga buah
karangan yang berbeza tajuk dan berlainan penulis. Data-data tersebut dapat
dilihat pada lampiran A.
Data-data
yang diperolehi hendaklah dikaji dan dikenalpasti mengandungi
kesalahan-kesalahan dengan mengaplikasikan langkah-langkah yang diberikan dalam
analisis kesalahan bahasa.
BAB 3. FOKUS KAJIAN
Dalam
bahagian ini, data-data yang digunakan diceraikan kepada 3 data bagi merujuk
karangan yang dihasilkan oleh pelajar. Data-data tersebut ialah:
(Data
ini boleh dirujuk pada lampiran A):
Data
1 bertajuk Sikap Pengguna Jalan Raya,
Data
2 bertajuk Disiplin Pelajar, dan
Data
3 bertajuk Faedah Mempelajari Komputer.
Karangan-karangan
tersebut boleh dirujuk pada lampiran B yang disediakan. Bagi mendapatkan penjelasan tentang
pengenalpastian dan penafsiran #pendikarbahasa kesalahan, dapatlah kita kemukakan terdapat dua
kesalahan yang dikenalpasti iaitu kesalahan kemampuan dan kesalahan penampilan,
kedua-dua kesalahan ini merangkumi kesalahan ketiga-tiga data yang dianalisis,
contoh-contoh kesalahan ini dapatlah dilhat dalam lampiran A yang telah kami
buat dengan menggunakan kaedah pencerakinan bagi memudahkan analisis kami,
dalam bab yang seterusnya kami akan memfokuskan taksonomi-taksonomi yang
terdapat dalam data-data ini iaitu taksonomi Siasat permukaan dan Taksonomi
Kategori Linguistik.
BAB 3.1. TAKSONOMI
SIASAT PERMUKAAN
Taksonomi siasat permukaan (atau surface strategy taxonomy) menjelaskan bagaimana cara-caranya struktur-struktur
permukaan berubah (Tarigan, 1988:148).
Kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam siasat permukaan ini adalah;
1. Penghilangan (Omission)
iaitu kesalahan-kesalahan yang bersifat ‘penghilangan’ ini ditandai oleh ketidakhadiran
suatu butir kata yang #pendikarbahasa seharusnya ada dalam ayat.
2. Penambahan (Addition) iaitu kesalahan-kesalahan yang ditandai dengan kehadiran
suatu butir atau unsur yang tidak seharusnya ada dalam ayat.
3. Salah formasi (Misformation) iaitu kesalahan yang ditandai oleh pemakaian bentuk
morfem atau struktur yang salah.
4. Salah susun (Misordering) iaitu kesalahan yang ditandai oleh penempatan yang
tidak betul bagi sesuatu morfem atau struktur.
Melalui data-data yang kami analisis, hanya terdapat dua
jenis kesalahan dari siasat permukaan yang kami perolehi,iaitu Kesalahan
Penghilangan (Omission) dan kesalahan
Penambahan (Addition), contohnya
dapat dilihat dari data-data dibawah ini;
1. KESALAHAN PENGHILANGAN (OMISSION)
Data 1
|
1. Pada
Minggu ( ) lalu, apabila kami
sekeluarga pulang dari bandar, ( ) dapati
ada sekumpulan remaja berlomba motosikal.
|
Data 2
|
2.
Oleh
sebab itu sebahagian sekolah (
) memagari dikeliling kawasan sekolah dan mempunyai
pengawas.
|
Data 3
|
3. Ianya
banyak digunakan ( ) masa sekarang
|
Dalam
Data 1, 2 dan 3 ; kurungan ( ) adalah kesalahan-kesalahan yang dikategorikan
sebagai taksonomi siasat permukaan iaitu penghilangan yang bermaksud
ketidakhadiran sesuatu kata atau kalimat yang perlu hadir. #pendikarbahasa Ketidakhadiran kata
tersebut telah menyebabkan ayat yang dihasilkanadalah kurang sempurna dan
kurang difahami.
Maka
dapatlah kita rekonstruksi ayat ini menjadi ayat yang betul, iaitu;
Data 1
|
1. Pada
Minggu (yang) lalu, apabila kami sekeluarga pulang dari bandar,
terdapat sekumpulan remaja berlumba motosikal.
|
Data 2
|
2.
Oleh
sebab itu sebahagian sekolah (terpaksa) memasang pagar di
sekeliling kawasan sekolah dan menggaji pengawal keselamatan.
|
Data 3
|
3. Ia telah banyak
digunakan (pada) masa sekarang
|
2. KESALAHAN PENAMBAHAN (ADDITION)
Data 2
|
1.
Banyak
murid-murid
atau penuntut sudah melanggar peraturan dan disiplin.
2.
Dadah sangat-sangat membahayakan diri.
|
Dalam
Data 2 ; perkataab yang bertanda garis (_____) adalah kesalahan-kesalahan
yang dikategorikan sebagai taksonomi siasat permukaan iaitu penambahan yang
bermaksud kehadiran sesuatu kata atau kalimat yang tidak perlu hadir. Kehadiran
kata tersebut telah menyebabkan ayat yang dihasilkan adalah kurang tepat. Kesalahan Penambahan (Addition) tidak berlaku dalam data 1 dan 3.
Maka
rekonstruksi ayat yang sebetulnya adalah,
Data 2
|
1.
Banyak
murid melanggar
peraturan dan disiplin
2.
Dadah sangat membahayakan diri.
|
Dari
analisis kami yang berkonsepkan pencerakinan di dalam lampiran A, membuktikan
bahawa kesalahan Penghilangan (Omission)
lebih kerap dilakukan berbanding kesalahan Penambahan (Addition).
BAB
3.2. TAKSONOMI KATEGORI LINGUISTIK
Taksonomi kategori linguistik mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan
berbahasa berdasarkan komponen linguistik atau unsur linguistik tertentu yang
dipengaruhi oleh kesalahan. Komponen-komponen linguistik merangkumi fonologi (ucapan), sintaksis dan
morfologi (tata bahasa, gramatikal), semantik dan leksikon (makna dan
kosakata), dan wacana (gaya), (Tarigan, 1988:145).
Taksonomi kategori linguistik dijadikan sebagai dasar penelitian
kesalahan berbahasa. Unsur-unsur kesalahan berbahasa yang termasuk dalam kategori linguistik
adalah:
1)
Kesalahan Fonologi
2)
Kesalahan
Morfologi
3)
Kesalahan
Sintaksis
4)
Kesalahan Leksikal
atau pemilihan kata.
Kesalahan-kesalahan kategori
linguistik ini dapat dilihat melalui contoh-contoh di bawah ini;
DATA
1.
Kesalahan Fonologi
|
1.
Asyraf pun menelephon Ambulans bahawa ada kejadian
kemalangan di depan Kampong Lubok Pulau.
|
Kesalahan Morfologi
|
2.
Pada minggu lalu,
apabila kami sekeluarga pulang dari bandar,kami didapati ada sekumpulan remaja berlomba motosikal.
|
Kesalahan Sintaksis
|
-
|
Kesalahan leksikal/Pemilihan kata
|
3.
Mereka berlomba
kerana member cabaran masing-masing.
|
DATA 2
Kesalahan Fonologi
|
1.
Dada sangat membahayakan diri.
|
Kesalahan Morfologi
|
2. Kebanyakkan murid-murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah,
seperti ponteng sekolah
|
Kesalahan Sintaksis
|
3.
Ia juga akan melalaikan pelajaran yang diajar oleh guru.
|
Kesalahan leksikal/Pemilihan kata
|
4. Membawa telephone bimbit juga tidak digalakkan oleh
pihak sekolah, kerana ketakutan akan meniru semasa dalam peperiksaan.
|
DATA 3
Kesalahan Fonologi
|
1.
Komputer
sekarang ini banyak yang berjenama seperti ; vaio, Dell, Epal, Ferari,
dan lain-lain.
|
Kesalahan Morfologi
|
2.
Ianya banyak digunakan pada masa sekarang
|
Kesalahan Sintaksis
|
3.
Komputer
juga boleh digunakan alat tulis.
|
Kesalahan leksikal/Pemilihan kata
|
4. Komputer bukan sahaja untuk memain game tetapi boleh
dijadikan alat tulis. Kerana itu kita
mesti menjimat electric.
|
Kata-kata yang berhuruf tebal adalah
di antara contoh-contoh kesalahan linguistik, rekonstruksi bagi kesalahan
linguistik di atas adalah:
DATA 1
Kesalahan Fonologi
|
1.
Asyraf pun menelefon Ambulans bahawa ada kejadian
kemalangan di depan Kampong Lubok Pulau.
|
Kesalahan Morfologi
|
1.
Pada minggu lalu,
apabila kami sekeluarga pulang dari bandar,kami mendapati ada sekumpulan remaja berlomba motosikal.
|
Kesalahan Leksikal/Pemilhan Kata
|
1.
Mereka berlumba
kerana memberi cabaran masing-masing.
|
DATA
2
Kesalahan Fonologi
|
2.
Dadah sangat membahayakan diri.
|
Kesalahan Morfologi
|
1.
Kebanyakan murid-murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah, seperti
ponteng sekolah
|
Kesalahan Sintaksis
|
1.
Ia
juga akan melalaikan pelajar.
|
Kesalahan leksikal/Pemilihan kata
|
1.
Membawa
telefon bimbit juga tidak digalakkan oleh pihak sekolah, kerana ketakutan
akan meniru semasa dalam peperiksaan.
|
DATA 3
Kesalahan Fonologi
|
5.
Komputer
sekarang ini banyak yang berjenama seperti ; vaio, Dell, Epal, Ferarri, dan lain-lain.
|
Kesalahan Morfologi
|
1.
Ia banyak digunakan pada masa sekarang
|
Kesalahan Sintaksis
|
1.
Komputer
juga boleh digunakan untuk membuat tugasan.
|
Kesalahan leksikal/Pemilihan kata
|
1. Komputer bukan sahaja untuk memain permainan tetapi boleh
dijadikan alat tulis. Kerana itu kita
mesti menjimat elektrik.
|
Dari analisis yang telah kami buat di dalam
pencerakinan Lampiran A, menunjukkan banyak berlakunya kesalahan linguistik
yang merangkumi semua aspek kesalahan di dalam taksonomi kategori linguistik.
BAB 4.1. PENJELASAN
Dari
analisis kami yang tertumpu kepada taksonomi siasat permukaan dan kategori
Linguistik diatas, dapatlah kami
kenalpasti akan kemungkinan-kemungkinan yang dapat menjelaskan punca-punca
berlakunya kesalahan-kesalahan ini. Di
antara punca-punca yang dapat kami lihat adalah:
1. Pengaruh
bahasa kedua atau bahasa sasaran. Para
pelajar ini masih keliru dalam memilih perkataan yang sesuai kerana kurangnya
pembacaan dalam bahasa pertama.
2. Pengaruh
Media Massa, ini dapat dibuktikan dengan keupayaan para pelajar ini dalam
mengaitkan kekreativitian mereka dengan isu semasa.
3. Pergaulan
rakan sebaya, mungkin ini disebabkan percampuran budaya dan bangsa yang
mempengaruhi penggunaan bahasa mereka.
4. Para
pelajar ini mungkin tidak menumpukan perhatian mereka sepenuhnya di dalam
kelas, kerana banyak berlakunya kesalahan-kesalahan berbahasa yang bersifat
repetatif (berulang-ulang).
5. Guru
yang mengajar kurang tegas dalam pemberian markah dan mereka tidak begitu peka
akan membaiki kesalahan para pelajar ini.
BAB
4.2. CARA MENGATASI
Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut
daripada terus berlaku ialah dengan melaksanakan beberapa langkah-langkah
penting dalam membendung pelajar-pelajar sebegini untuk tidak melakukan
kesalahan-kesalahan yang sama yang didapati dalam analisis karangan ini dengan
melaksanakan:
1.
Guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu ataupun bahasa-bahasa lain
perlulah sentiasa peka akan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para
pelajar dengan membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut agar pelajar tidak lagi
melakukan kesalahan yang sama.
2.
Para pelajar perlu sentiasa mempertingkatkan usaha-usaha mereka dalam
mengetahui dan menguasai kosa kata dalam Bahasa Melayu ataupun bahasa-bahasa
yang mereka pelajari dengan mengenalpasti perbezaan-perbezaan yang terdapat
pada bahasa-bahasa tersebut agar dapat membina ayat-ayat yang lebih sesuai dan
gramatis.
3.
Ibu bapa atau penjaga pelajar ini memainkan peranan penting sebagai guru
pertama mereka dalam membantu perkembangan dan memperluaskan bahasa mereka
dengan berkomunikasikan kata-kata yang betul dan memantau perubahan-perubahan
yang berlaku dari segi fonologi.
KESIMPULAN.
Dalam bidang Analisis Kesalahan Bahasa,
melalui taksonomi-taksonomi yang dimanfaatkan dengan menggunakan contoh-contoh
karangan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tahun 8, kita dapat mengenalpasti
akan kesalahan-kesalahan tersebut yang terdiri pada kesalahan kemampuan,
kesalahan penampilan, kesalahan morfologi, kesalahan fonologi, kesalahan
sintaksis dan kesalahan penggunaan kata, dengan cara ini kita telah dapat
menafsirkan maksud yang dibuat oleh pelajar tersebut dan membina semula
ayat-ayat yang salah itu kepada ayat-ayat yang lebih baik, gramatis dan
mempunyai makna dengan mengikut kesesuaian-kesesuaian keberterimaan.
Kita juga telah dapat mengetahui beberapa punca-punca
kesalahan yang berlaku dan memberikan beberapa saranan-saranan bagi mengelakkan
kesalahan-kesalahan tersebut daripada terus berlaku pada masa hadapan.
Ulasan
Catat Ulasan