POKLEN
Bahasa merupakan satu alat perhubungan yang telah lama digunakan untuk berkomunikasi di antara sesama manusia . Ia telah wujud sejak turunnya manusia pertama iaitu Nabi Adam Alaihi’salam ke dunia ini. Sejak dari itu bahasa semakin berkembang pesat sebagaimana membiaknya manusia sehinggalah ke hari ini yang mempunyai pelbagai bahasa yang berbeza-beza sebagai alat berkomunikasi. Menurut kajian jumlah bahasa yang ada sekarang ialah dari 6000 ke 7000 buah bahasa, dan dari jumlah tersebut banyak bahasa mengalami kepupusan malah terdapat bahasa yang sudah hilang kerana bangsanya turut hilang dibawa oleh arus modenisasi dan globalisasi termasuklah bahasa Melayu yang digunakan oleh bangsa Melayu di Asia Tenggara ini. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang terulung kerana bahasa inilah yang mengangkat bangsa Melayu di persada dunia perbahasaan, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara-negara yang mempunyai majoriti bangsa Melayu seperti Brunei, Malaysia, In...