SINONIM DAN KESINONIMAN KATA BAWA
Bab 1:Pengenalan Setiap bahasa yang digunakan di dunia ini memiliki berjuta-juta perkataan yang berbeza-beza dengan memiliki keunikannya yang tersendiri, samada dari segi bentuk-bentuk huruf dan juga dari segi cara sebutannya. Namun dalam kepelbagaian bahasa-bahasa yang digunakan itu di dunia ini, terdapat perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan dari segi maknanya tetapi berbeza bentuk dan cara sebutannya. Di samping itu, penggunaan kata-kata yang bersinonim tersebut juga memiliki ciri-ciri yang khusus dengan mengikut kesesuaian dan kegramatisannya dalam pembinaan ayat. Maka dalam kertas kerja ini akan cuba mengupas dan menganalisis pada satu perkataan yang memiliki sinonim dan kesinonimannya. 1.1: Definisi Sinonim. Kata sinonim berasal dari bahasa Yunani Kuno iaitu onoma yang bermaksud nama dan syn itu pula bermaksud sama lalu membentuk synonoma iaitu sama nama. Menurut istilah, sinonim itu merupakan perkataan-perkataan yang memiliki makna yang sama. Pada dasarny...