SINONIM DAN KESINONIMAN KATA BAWA
Bab 1:Pengenalan
Setiap
bahasa yang digunakan di dunia ini memiliki berjuta-juta perkataan yang
berbeza-beza dengan memiliki keunikannya yang tersendiri, samada dari segi
bentuk-bentuk huruf dan juga dari segi cara sebutannya. Namun dalam
kepelbagaian bahasa-bahasa yang digunakan itu di dunia ini, terdapat perkataan-perkataan
yang mempunyai persamaan dari segi maknanya tetapi berbeza bentuk dan cara
sebutannya.
Di
samping itu, penggunaan kata-kata yang bersinonim tersebut juga memiliki
ciri-ciri yang khusus dengan mengikut kesesuaian dan kegramatisannya dalam
pembinaan ayat. Maka dalam kertas kerja ini akan cuba mengupas dan menganalisis
pada satu perkataan yang memiliki sinonim dan kesinonimannya.
1.1:
Definisi Sinonim.
Kata
sinonim berasal dari bahasa Yunani Kuno iaitu onoma yang bermaksud nama dan syn
itu pula bermaksud sama lalu membentuk synonoma
iaitu sama nama. Menurut istilah, sinonim itu merupakan perkataan-perkataan
yang memiliki makna yang sama. Pada dasarnya, sinonim dan kesinoniman itu
merupakan dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama tetapi berbeza
bentuk luarannya.
Menurut
Hartimurti Kridalaksana (1984; 154), beliau menyatakan sinonim itu adalah
bentuk bahasa yang maknanya mirip atau sama dengan bentuk yang lain.
Kesinoniman ini boleh berlaku pada kata, kelompok kata atau kalimat.
Pada
pendapat lain pula iaitu menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2002) dalam
Teasaurus Bahasa Melayu, perkataan-perkataan seerti atau sinonim itu terdiri
daripada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama.
Menurut
Kamus Dewan (Arbak Othman: 1994) mengatakan sinonim itu membawa maksud
kata-kata yang seerti; kata-kata yang sama maknanya, dan kesinoniman pula ialah
kesamaan erti perkataan atau perihal perkataan yang mempunyai erti.
Secara
umumnya, perkataan-perkataan yang menunjukkan persamaan dari segi maknanya
memang wujud. Sungguhpun begitu, sinonim dan kesinoniman itu terdapat sedikit
persamaan iaitu sinonim tidaklah seratus
peratus mempunyai unsur yang sama (Erdina 2005) dan
kedua-dua
kata tersebut hanya berbeza pada konotasi yang terdapat di antara satu kata
dengan kata yang lain.
Maka
dalam kertas kerja ini, kita akan menganalisis sinonim dan kesinoniman yang
terdapat pada perkataan ‘bawa’. Dengan bantuan yang digunakan dalam pendekatan
Analisis Komponen Makna, maka kita akan dapat melihat kata bawa itu dengan
kata-kata yang memiliki sinonim dan kesinonimannya, dengan ini dapatlah kita
mengetahui beberapa persamaan dan perbezaan yang boleh didapati daripada
perkataan tersebut.
1.2:
Hakikat Analisis Komponen Makna.
Komponen
makna atau dipanggil sebagai komponen semantik cuba mendidik kita bahawa setiap
kata atau unsur leksikal yang terdiri dari satu atau beberapa unsur yang
bersama-sama membentuk makna kata atau makna unsur leksikal itu.
Menurut
Chaer (2009: 115), beliau mengatakan, analisis ini boleh memperlihatkan setiap
unsur leksikal mempunyai atau tidak mempunyai suatu ciri yang membezakannya
dengan unsur yang lain.
Menurut
Palmer pula, komponen itu ialah keseluruhan makna dari suatu kata, boleh
terdiri atas beberapa elemen, di antara elemen satu dengan yang lain yang
memiliki ciri yang berbeza-beza (Aminuddin, 2008:128).
Dalam
sebuah laporan yang bertajuk Preliminaries
to Speech Analysis: The Distinctive Features and Their Correlates yang
dikarang oleh R. Jacobson dan Morris Halle, mereka telah menggunakan analisis
komponen makna untuk mendeskripsikan bunyi-bunyi bahasa dengan menyebutkan
ciri-ciri pembeza di antara bunyi sesuatu dengan yang lain.
Bunyi
yang memiliki ciri-ciri/fitur-fitur diberti tanda campur (+) dan yang tidak
memiliki ciri-ciri/fitur-fitur diberi tanda tolak (-). Konsep analisis
kedua-dua ini lazimnya disebut sebagai biner oleh ahli linguistik yang kemudian
menerapkannya untuk membezakan makna suatu kata dengan kata yang lain.
Bab 2:Perkataan ‘Bawa’
2.1: Maksud ‘Bawa’.
Dalam
Kamus Pelajar Utusan yang disusun oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1995) kata
bawa itu bermaksud ikut serta; pergi; angkut; membawa; memegang sambil pergi;
mengiring; untuk menunjukkan jalan dan membawa bersama. Secara kefahaman, kata bawa
itu merupakan suatu perbuatan atau perihal yang menunjukkan perjalanan atau
perubahan atau perpindahan dari satu keadaan atau tempat yang berbeza ke suatu
tempat atau keadaan yang berlainan ataupun suatu kelakuan yang mempamerkan
tindakan dan ia dilakukan dari satu masa ke satu masa, sebagai contoh:
1. Ahmad
membawa
(meN+bawa) buku sekolah setiap hari.
2. *Ahmad
mengangkut
(meN+angkut) buku sekolah pada setiap hari.
Kedua-dua
contoh di atas menerangkan perbuatan Ahmad membawa buku ke sekolah, akan tetapi
dalam situasi sebenar perkataan ‘membawa’ dan ‘mengangkut’ itu adalah berbeza kerana kata membawa itu
boleh dikategorikan dalam bilangan buku yang sedikit dan ringan, dan kata
mengangkut itu pula termasuk dalam kategori bilangan yang banyak dan berat.
Dalam
Bahasa Melayu, kita akan mendapati banyak kata-kata yang bersinonim dengan kata
bawa misalnya, angkut, pimpin, bimbit, galas, gendong, gonggong, jinjing,
jinjit, pikul, kandar, kendong, usung, iring, tatang, junjung, pegang, timbang,
dukung dan sebagainya,
Kata-kata
yang bersinonim ini mempunyai perbezaan dari segi penggunaannya dan juga ciri-ciri
atau fitur-fitur yang patut ada pada kata-kata tersebut.
Maka,
dalam bab seterusnya akan membincangkan tentang definisi, ciri-ciri atau
fitur-fitur yang ada pada perkataan yang bersinonim tersebut dan contoh ayat
bagi perkataan-perkataan yang bersinonim dengan perkataan bawa dalam tajuk ini.
2.2: Fitur-fitur dalam
komponen kata ‘bawa’.
Sudah
diketahui bahawa kata bawa itu merupakan suatu perbuatan
memindahkan sesuatu ke suatu tempat lain atau perpindahan sesuatu dari masa ke
masa yang lain dengan membawa beberapa perubahan.
Lazimnya, kata bawa itu seringkali melibatkan
manusia dan binatang yang mempunyai daya upaya untuk membawa, selalu terikat
dengan bilangan, berat dan jarak jauh yang tertentu bagi memberikan ciri-ciri
yang berbeza bagi kata-kata yang bersinonim dengan kata bawa.
Apabila
kita fikirkan tentang perbuatan membawa, jarang sekali kita akan terlintas
dengan kata-kata yang bersinonim dengan membawa, kerana dalam fikiran kita
perbuatan membawa itu hanyalah dengan memindahkan sahaja tanpa kita nampak
bagaimana cara-cara proses pemindahan tersebut berjalan.
Dalam
kertas kerja ini, kita akan melihat kepelbagaian kata-kata yang bersinonim
dengan kata bawa dan akan menunjukkan fitur-fitur yang berbeza dengan kata bawa
bagi setiap kata yang bersinonim.
Dalam
kertas kerja ini, ciri-ciri atau fitur-fitur yang akan kita fokus ialah manusia,
binatang, bilangan, sukatan, jentera dan jarak. Setiap fitur yang berkaitan kata bawa dengan kata-kata yang
bersinonim akan diberi tanda campur (+) sekiranya fitur-fitur tersebut
diketahui ada, dan tanda berlawanan pula iaitu tanda tolak (-) akan diberikan
kepada fitur-fitur yang tidak mempunyai kaitan dan hubungan dengan kata-kata
yang bersinonm dengan kata ‘bawa’ tersebut.
Bab 3: Sinonim dan Kesinoniman kata ‘bawa’.
3.1 Makna angkut.
Merujuk
kepada Kamus Sinonim (1984), kata angkut ialah mengangkat dan membawa
berulang-ulang kali. Untuk mengangkut mestilah dengan kenderaan atau
pengangkutan yang boleh digunakan secara berulang kali dengan tujuan memuatkan,
membawa atau mengirimkan sesuatu barang ke suatu tempat lain seperti motosikal,
kereta, trak, kapal terbang dan lain-lain alat pengangkutan.
3.1.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Angkut.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘angkut’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Angkut
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
+
|
jentera
|
+
|
jentera
|
+
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+
|
sukatan
|
-
|
sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
jarak
|
+
|
Dengan
melihat fitur-fitur di atas dapat dilihat persamaan fitur di antara kata bawa
dengan angkut iaitu persamaan pada fitur manusia, binatang dan jentera dan
perbezaan fitur tersebut hanya kepada sukatan sahaja, dan fitur-fitur yang lain
bersifat natural yakni tidak tetap seperti bilangannya yang banyak atau tidak
dan jaraknya yang tidak menentu samada jauh atau dekat.
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kekesesuaian kata ‘angkut’ dan perbezaannya
penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1.
Kapal terbang DHL telah
digunakan bagi mengangkut (meN+angkut) muatan berat untuk dihantar ke United
Kingdom.
2. *Kapal
terbang DHL telah digunakan bagi membawa (meN+bawa) muatan berat untuk dihantar ke United Kingdom.
Ayat
pertama merupakan ayat yang gramatis, betuld dari segi makna dan pembinaan
ayatnya. berbeza dengan ayat yang kedua kerana seolah-olah perkataan ‘membawa’
itu sesuatu yang ringan dan boleh dibawa kemana-mana tanpa sebarang masalah dan
yang salah Cuma pada maknanya yang kurang sesuai sahaja.
3.2: Makna pimpin.
Manakala,
kata pimpin ini seiring kata bimbing yang bermaksud memandu dan membawa
seseorang ke arah jalan atau landasan yang betul, atau memimpin sesebuah
kumpulan atau organisasi dengan memiliki kedudukan tinggi yang melayakkannya
sebagai seorang pemimpin atau ketua.
3.2.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Pimpin.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘pimpin’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Pimpin
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+
|
sukatan
|
-
|
sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘pimpin’ dan perbezaannya
dalam penggunaan kata ‘bawa’
dalam pembinaan ayat:
1. Untuk
memajukan sesebuah negara, kita memerlukan kepimpinan (ke+pimpin+an) yang
berwibawa dengan berlandaskan hukum-hukam agama Islam.
2. *Untuk
memajukan sesebuah negara, kita memerlukan kebawaan (ke+bawa+an) yang berwibawa
dengan berlandaskan hukum-hukam agama Islam.
Ayat
pertama merupakan ayat yang betul dan sesuai untuk digunakan dalam menjelaskan
maksud dalam menggunakan ayat kepimpinan (ke+pimpin+an) dan ia
adalah betul serta gramatis, namun dalam ayat yang kedua memperlihatkan ayat
yang kurang gramatis dan maknanya adalah tidak sesuai untuk digunakan.
3.3: Makna Bimbit.
Perkataan
bimbit mengaju kepada perbuatan mengangkat suatu benda yang ringan dan mudah
untuk dibawa kemana-mana tempat seperti telepon bimbit, beg bimbit dan
sebagainya. Dewasa ini, perkataan bimbit ini banyak digantikan dengan
perkataan mudah alih agar ia mudah difahami.
3.3.1:
Perbezaan Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa
dengan Bimbit.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘bimbit’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Bimbit
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
-
|
sukatan
|
-
|
sukatan
|
-
|
jarak
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kekesesuaian kata ‘bimbit’ dan perbezaannya
dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat::
1. Penggunaan
telepon bimbit telah menular dengan cepat sejak 20 tahun yang lalu
kerana ia ringan dan mudah dibawa kemana-mana.
2. *Penggunaan
telepon bawa telah menular dengan cepat sejak 20 tahun yang lalu kerana
ia ringan dan mudah dibawa kemana-mana.
Ayat
pertama menunjukkan kesesuaian dalam penggunaan kata bimbit iaitu dengan
dibantu oleh kata telepon, dan ayat yang dihasilkan adalah gramaits dan
maknanya juga sesuai. Ayat kedua pula tidak sesuai untuk digunakan kerana
maknanya tidak sesuai dan kurang kegramatisannya.
3.4: Makna Gonggong.
Kata
gonggong bermaksud membawa sesuatu dengan mulut atau paruh tanpa bantuan dari
anggota badan yang lain, ia sesuai digunakan untuk merujuk perbuatan membawa
bagi haiwan atau binatang yang memang
sifat semula jadi mereka menggunakan mulut atau paruh untuk membawa sesuatu.
3.4.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Gonggong.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘gonggong’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Gonggong
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
-
|
binatang
|
+
|
binatang
|
+
|
jentera
|
+
|
jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
-
|
sukatan
|
-
|
sukatan
|
-
|
jarak
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘gonggong’ dan perbezaannya dengan penggunaan kata ‘bawa’
dalam pembinaan ayat:
1. Anjing
itu mengonggong
(meN+gonggong) sebatang tulang menuju ke sarangnya.
2. *Anjing
itu membawa
(meN+bawa) sebatang tulang menuju ke sarangnya.
Ayat
pertama merupakan ayat betul dan maknanya juga sesuai untuk digunakan, akan
tetapi ayat kedua tidak sesuai kerana kata membawa itu seolah-olah menunjukkan
anjing tersebut membawa dengan kakinya.
Kata
gonggong
tidak sesuai digunakan oleh manusia kerana manusia memiliki anggota badan yang
sempurna untuk membawa sesuatu iaitu dengan menggunakan kedua-dua tangan yang
dikurniakan kepada mereka.
Lihat
contoh di bawah:
Badrul
mengonggong
(meN+gonggong) beg ke sekolahnya.
Pembinaan
ayat di atas adalah betul tetapi salah dari segi maknanya yang kurang sesuai, ayat
sebetulnya ialah Badrul mengendong (meN+gendong) beg ke
sekolahnya. Ayat yang sebetulnya ialah:
Badrul
mengendong
(meN+gendong) beg ke sekolahnya.
3.5: Makna pikul.
Kata
pikul bermaksud mengangkat beban berat yang sanggup dibawa oleh seorang manusia
yang mampu ditanggungnya. Biasanya, penggunaan pikul ini tertunpu di kalangan
buruh dan petani sahaja, namun pada masa sekarang kata pikul itu boleh dirujuk
kepada 2 perkara, iaitu sesuatu yang bersifat abstrak yakni yang dapat dilihat
dan bukan abstrak iaitu tidak dapat dilihat.
3.5.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Pikul.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘pikul’. Tanda campur (+)
bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Pikul
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
+
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
+
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
-
|
Sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘pikul’ dan perbezaannya dengan
penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Hamba
tersebut telah dipaksa untuk memikul (meN+pikul) bebanan yang
lebih berat tanpa diberikan sebarang makanan.
2. *Hamba
tersebut telah dipaksa untuk membawa (meN+bawa) bebanan yang
lebih berat tanpa diberikan sebarang makanan.
Ayat
pertama merupakan ayat yang betul dari segi maknanya dan gramatis, tetapi ayat
yang kedua pula merupakan ayat yang kurang sesuai untuk menjelakan makna yang
sepatutnya.
Maka,
melalui contoh yang diberikan di atas, kata pikul dapat difahami
bahawa ia merupakan satu perbuatan membawa (sesuatu dengan lebih berat). Ia
juga sesuai digunakan untuk binatang seperti lembu, kerbau, kuda atau keldai
yang sering digunakan sebagai alat untuk memikul bebanan yang berat.
3.6: Makna kendong.
Kata
kendong ini digunakan bagi perbuatan membawa sesuatu dengan menggunakan kain
atau pelastik dan dibawa dengan menggunakan tangan atau digantung pada badan
seseorang dan diletakkan pada bahagian tepi atau bahagian depan badan
seseorang.
3.6.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Kendong.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘angkut’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Angkut
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
+
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
-
|
Sukatan
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘kendong’ dan
perbezaannya dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Bayi
itu dikendong
(di+kendong) oleh ibunya.
2. *Bayi
itu dibawa
(di+bawa) oleh ibunya.
Ayat
pertama diatas merupakan ayat yang betul dan maknanya juga betul, yang
membezakan di antara ayat pertama dan ayuat kedua adalah fungsinya sahaja iaitu
ayat pertama menggunakan kata dikendong bagi perbuatan membawa
barangan atau orang dengan menggunakan kain atau beg pelastik dan ditempatkan
pada bahagian badan samada pada hadapan atau tepi badan dan kata dibawa
pada ayat kedua membawa maksud berpindah dari suatu
tempat ke suatu tempat yang lain.
3.7: Makna gendong.
Kata
gendong serupa dengan kata kendong tetapi ia merujuk kepada perbuatan membawa dan
diletakkan pada bahagian belakang badan seseorang.
3.7.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Gendong.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘gendong’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Gendong
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
-
|
Sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kekesesuaian kata ‘gendong’ dan
perbezaannya dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Pelajar
pintar itu sering menggendong (meN+gendong) beg nya yang sarat dengan buku-buku
sekolah.
2. *Pelajar
pintar itu sering membawa (meN+bawa) beg nya yang sarat dengan buku-buku sekolah.
Dalam
ayat pertama mengandungi maknanya yang jelas dan sesuai, tidak seperti dengan
contoh ayat yang kedua yang mempunyai makna yang kurang jelas dan tidak sesuai.
Jelaslah
bahawa perbuatan menggendong ini digunakan ketika mengangkat dan membawa
sesuatu dengan meletakkan pada bahagian belakang badan. Kata gendong ini mempunyai
persamaan dengan kata pikul, akan tetapi kata pikul itu digunakan bagi
mengangkat barangan sahaja, bukan manusia.
3.8: Makna galas.
Galas
bermaksud tongkat yang disimpan di bahu untuk menyandang (membawa)
barang-barang pikulan; barang (beban) yang disandang dengan tongkat atau
dipikul atau barang dagangan yang dijajakan dengan dipikul atau disandang
dengan tongkat di bahu; atau satu tindakan yang perlu dihadapi atas dasar tanggungjawab
kepada suatu pihak.
3.8.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Galas.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘galas’. Tanda campur (+)
bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Galas
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
+
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
-
|
Sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘galas’ dan perbezaannya dengan
penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Pak
Abu sering menggalas (meN+galas) barang
dagangannya dengan menggunakan buluh.
2. *Pak
Abu sering membawa (meN+bawa) barang
dagangannya dengan menggunakan buluh.
Ayat
pertama merupakan ayat yang sesuai untuk digunakan dalam menjelaskan maksud
ayat di atas dan maknanya juga jelas dan nyata serta ayat yang dihasilkan
adalah gramatis tidak seperti ayat yang kedua.
3.9: Makna usung.
Merupakan
perbuatan yang dilakukan secara beramai-ramai; diangkat secara beramai-ramai
atau dipikul secara beramai-ramai. Dewasa ini, kata usung bukan sahaja
digunakan secara persseorangan tetapi juga secara beramai-ramai,
3.9.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Usung.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘usung’. Tanda campur (+)
bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Usung
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
+
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
-
|
Sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘usung’ dan perbezaannya dengan
penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Budak
pengsan itu diusung (di+usung) oleh pasukan medik keluar dari perbarisan
padang.
2. *Budak
pengsan itu dibawa (di+bawa) oleh pasukan medik keluar dari perbarisan
padang.
Ayat
pertama merupakan ayat yang mempunyai makna yang jelas dan sesuai untuk
digunakan, berbeza dengan ayat yang kedua kerana tidak dapat menjelaskan
maksudnya dengan jelas bagaimana budak tersebut dibawa keluar dari perbarisan
padang.
3.10: Makna iring.
Iring
merupakan kata bawa bagi memperlihatkan
perbuatan membawa orang/tetamu dengan berjalan di sebelah kiri atau kanan orang
tersebut sambil menunjukkan jalan yang
dituju. Kata iring ini seringkali digunakan dalam acara-acara rasmi ataupun
ketika kehadiran para pembesar negara dan juga orang yang mempunyai kepentingan
mereka sendiri.
3.10.1:
Perbezaan Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa
dengan Iring.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘iring’. Tanda campur (+)
bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Iring
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
+
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
+
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
+/-
|
Sukatan
|
-
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘iring’ dan perbezaannya dengan
penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Perdana
Menteri itu dibawa masuk dengan diiringi (di+iring+i)10 orang
pembesar negeri.
2. *Perdana
Menteri itu dibawa masuk dengan dibawa (di+bawa)10 orang pembesar
negeri.
Ayat
yang pertama merupakan ayat yang sempurna dari segi maksud dan penggunaan kata
iring, akan tetapi ayat kedua tidak sesuai untuk digunakan kerana maknanya
kurang gramatis dan menunjukkan ketidaksopanan dalam menyambut tetamu Negara.
3.11:
Makna Junjung.
Iaitu
mempersilakan seseorang samada terdiri daripada kalangan orang-orang biasa
mahupun orang yang berpangkat tinggi untuk hadir ke suatu majlis seperti majlis
perkahwinan.3.11.1: 3.11.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa
dengan Junjung.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘junjung’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Junjung
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
+
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
+/-
|
Sukatan
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘junjung’ dan
perbezaannya dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Menjunjung
(meN+junjung) kehadiran menteri-menteri dan pembesar-pembesar negara untuk
menikmati jamuan yang dihidangkan.
2. *Membawa
(meN+bawa) kehadiran menteri-menteri dan pembesar-pembesar negara untuk
menikmati jamuan yang dihidangkan.
Perbuatan
menjunjung ini juga merupakan perbuatan bagi memuliakan sesuatu perkara seperti
titah perintah di atas atau tetamu yang dimuliakan.
Maka,
dalam ayat pertama adalah betul kerana mempunyai makna yang sesuai, ayat kedua
pula adalah salah kerana tidak sesuai menggunakan kata membawa dalam menjemput
tetamu yang terdiri dari para pembesar-pembesar dan menteri-menteri Negara.
3.12:
Makna Kepit.
Kepit
bermaksud membawa benda-benda yang bersifat ringan dan kecil, ia dibawa dengan
menyelitkan benda tersebut pada anggota badan seseorang lalu membawanya pergi,
makna kepit jua boleh digunakan dengan merujuk perbuatan mengepitkan kedua-dua
peha akan tetapi perbuatan itu boleh menyukarkan perjalanan seseorang.
3.12.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Kepit.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘kepit’. Tanda campur (+)
bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Kepit
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
-
|
sukatan
|
+/-
|
Sukatan
|
-
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘kepit’ dan perbezaannya
dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Guru
itu mengepit
(meN+kepit) failnya pada tangan kirinya lalu keluar dari bilik darjah.
2. *Guru
itu membawa
(meN+bawa) failnya pada tangan kirinya lalu
keluar dari bilik darjah.
Ayat
pertama merupakan ayat yang gramatis dari segi maknanya dan pembinaan ayat dan berbeza
dengan ayat kedua yang mempunyai makna yang salah.
Jelas
kata kepit itu menujukkan perbuatan merapatkan anggota badan untuk membawa
sesuatu benda atau bagi menghalang sesuatu peristiwa yang mendesak seseorang
untuk melakukannya seperti peristiwa budak kecil di atas.
3.13:
Makna Dukung.
Merupakan
perbuatan bagi menunjukkan seseorang itu mampu untuk menanggung beban berat
seseorang/benda atau tanggungjawab yang dapat dipikulnya.
3.13.1:
Perbezaan Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa
dengan Dukung.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘dukung’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Dukung
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
+
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
+/-
|
Sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘dukung’ dan perbezaannya
dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Budak
lelaki itu didukungkan (di+dukung+kan) di atas badan kerbau oleh ayahnya.
2. *Budak
lelaki itu dibawa (di+bawa) di atas badan kerbau oleh ayahnya.
Ayat
pertama adalah betul dari segi maknanya dan kegramatisannya, tetapi tidak bagi
ayat yang kedua kerana tidak sesuai jika dilihat dari aspek maknanya.
3.14:
Kata Tatang.
Memperlihatkan
perbuatan yang menunjukkan penuh pemerhatian dan kehati-hatian dengan
memelihara, membawa dan mengorak sesuatu dengan penuh tanggungjawab.
3.14.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Tatang.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘tatang’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Tatang
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
+/-
|
Sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘tatang’ dan perbezaannya
dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Anak-anak
tersebut dididik sehingga berjaya bagaikan menatang (meN+tatang) minyak yang
penuh di kuali.
2. *Anak-anak
tersebut dididik sehingga berjaya bagaikan membawa (meN+bawa) minyak yang penuh
di kuali.
Ayat
pertama adalah ayat yang betul dari segi maknanya dan pembinaan ayat, berbeza
dengan ayat yang kedua yang tidak jelas maknanya tetapi ayat yang dihasilkan
adalah betul.
Perkataan
menatang di atas memperlihatkan suatu tanggungjawab yang berat yang perlu
dipikul oleh seseorang yang memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
atau kegagalan dalam kehidupan anak-anak tersebut.
3.15:
Makna Pegang.
Merujuk
kepada sesuatu yang disentuh dan dipindah atau dikenderai dari satu tempat ke
satu tempat yang berbeza. Kadangkala perbuatan pegang ini serupa dengan kata
sentuh atau kata bawa namun kata pegang ini memerlukan jangka yang tertentu
sahaja tidak kira lama/sekejap.
3.15.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Pegang.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘pegang’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Pegang
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+/-
|
sukatan
|
-
|
Sukatan
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘pegang’ dan perbezaannya
dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Pak
Ali mengayuh basikalnya dengan memegang (meN+pegang) pemegang
basikal.
2. *Pak
Ali mengayuh basikalnya dengan membawa (meN+bawa) pemegang basikal.
Ayat
pertama adalah ayat yang betul dari segi maknanya dan pembinaan ayat, berbeza dengan
ayat yang kedua yang tidak jelas maknanya tetapi ayat yang dihasilkan adalah
betul.
Jelaslah
bahawa kata pegang itu memerlukan tangan kita untuk membawa atau mengendali
sesuatu agar berjalan dengan lancer tanpa berlaku perkara-perkara yang tidak
diingini.
3.16:
Makna Jinjing.
Makna
jinjing ialah membawa/ menggunakan sesuatu dengan menggunakan jari kaki atau
tangan, atau berdiri dengan menggunakan jari kaki[1]
3.16.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Jinjing.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘jinjing’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Jinjing
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
-
|
sukatan
|
-
|
Sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
Jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘jinjing’ dan perbezaannya
dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Pelancong
itu dilihat sedang menjinjing (meN+jinjing) begnya yang berisi baju.
2. *Pelancong
itu dilihat sedang membawa (meN+bawa)begnya yang berisi baju.
Dalam
ayat yang pertama, ayat yang dihasilkan adalah betul dan maknanya juga betul
dan jelas bagaimana pelancong tersebut membawa begnya, berbeza dengan ayat yang
kedua yang menggunakan kata membawa bagi memperlihatkan perbuatan pelancong
tersebut, akan tetapi makna yang dihasilkan adalah kurang sesuai.
3.17:
Makna Jinjit.
Makna
jinjit menunjukkan perbuatan yang kurang hormat dan kurang manis sehingga boleh
menimbulkan kemarahan mangsa perbuatan ini. Kata jinjit ini sering berkaitan
dengan perasaan emosi sesorang manusia seperti marah sehingga sanggup melakukan
perkara sedemikian kepada orang yang dimarahkannya.
3.17.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Jinjit.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘jinjit’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Jinjit
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
Jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
-
|
sukatan
|
+/-
|
Sukatan
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘jinjit’ dan perbezaannya
dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Guru
Matematik itu sering mendera murid-muridnya dengan menjinjit (meN+jinjit)
telinga mereka dihadapan kawan-kawan mereka yang lain.
2. *Guru
Matematik itu sering mendera murid-muridnya dengan membawa (meN+bawa)
telinga mereka dihadapan kawan-kawan mereka yang lain
Ayat
pertama merupakan ayat yang betul kerana memiliki makna yang sesuai dan dapat
difahami, tetapi tidak bagi ayat yang kedua kerana maksudnya di situ adalah
kurang jelas dan kurang tepat bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku.
3.18:
Makna Timbang.
Perbuatan
yang memperlihatkan suatu aktiviti dengan melambung-lambung sesuatu ke atas dan
kebawah seperti pemain bola untuk menunjukkan kebolehan yang ada padanya.
3.18.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Timbang.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang dikenalpasti
bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘timbang’. Tanda campur (+)
bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Timbang
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
-
|
sukatan
|
+/-
|
sukatan
|
-
|
jarak
|
+/-
|
jarak
|
+/-
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘timbang’ dan
perbezaannya dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Sebelum
bermain bola, pemain itu menunjukkan kebolehannya dengan menimbang (meN+timbang)
bola dihadapan para penonton yang hadir.
2. *Sebelum
bermain bola, pemain itu menunjukkan kebolehannya dengan membawa (meN+bawa) bola
dihadapan para penonton yang hadir.
Ayat
pertama di atas merupakan ayat yang betul dan mempunyai kegramatisan, ayat yang
kedua pula menunjukkan ayat yang kurang gramatis dan tidak dapat menjelaskan
apa sebenarnya yang dilakukan oleh pemain bola tersebut.
3.19: Makna Kandar.
Kata
kandar ini selalunya digunakan bagi seseorang yang pekerjaannya adalah berniaga
di tepi-tepi jalan sambil membawa beberapa bekas untuk menyimpan makanan atau
barang-barang yang dijual, peniaga ini akan menggunakan batang kayu atau bulu
untuk mengangkat barang yang dijualnya itu dan disimpan pada bahunya.
3.19.1: Perbezaan
Fitur-Fitur Bagi Kata Bawa dengan Kandar.
Rajah
di bawah akan memperlihatkan persamaan dan perbezaan pada fitur-fitur yang
dikenalpasti bagi kata ‘bawa’ dan kata ‘kandar’. Tanda campur
(+) bermaksud ada, dan tanda tolak (-) bermaksud tidak ada pada fitur-fitur di
bawah.
Bawa
|
Fitur
|
Timbang
|
Fitur
|
Manusia
|
+
|
Manusia
|
+
|
binatang
|
+
|
binatang
|
-
|
jentera
|
+
|
jentera
|
-
|
bilangan
|
+/-
|
bilangan
|
+
|
sukatan
|
+/-
|
sukatan
|
+
|
jarak
|
+/-
|
jarak
|
+
|
Contoh
di bawah akan memperlihatkan kesesuaian kata ‘kandar’ dan perbezaannya
dengan penggunaan kata ‘bawa’ dalam pembinaan ayat:
1. Pakcik
Amin akan mengandar (meN+kandar) dua bekas nasi katok pada setiap pagi
dengan menggantungnya pada tiang kaya.
2. Pakcik
Amin akan membawa (meN+bawa) dua bekas nasi katok pada setiap pagi dengan
menggantungnya pada tiang kaya.a
Ayat
pertama merupakan ayat yang betul dan gramatis dan dapat menjelaskan maknanya
dengan tepat, berbeza dengan ayat yang dihasilkan pada contoh yang kedua kerana
tidak sesuai dan maknanya juga kurang tepat.
Kesimpulan.
Analisis
Komponen Makna telah banyak membantu dalam menganalisis dan mengenalpasti akan
kata-kata yang mempunyai sinonim dan kesinoniman bagi kata bawa.
Dalam
kertas kerja ini, kita sudah melihat kepelbagaian kata-kata yang bersinonim dan
bersinoniman dengan kata bawa, dan kita juga telah mengetahui bahawa setiap
kata-kata yang bersinonim itu mengandungi fungsi yang berbeza-beza dan
memerlukan keadaan yang berlainan untuk menyatakan kesesuaiannya, terutama sekali di dalam pembinaan ayat
secara khasnya dan dalam kehidupan yang kita lalui sehari-hari secara amnya.
Setiap
kata-kata yang bersinonim dengan kata bawa mempunyai fitur-fiturnya yang
tersendiri bagi membezakan antara fitur-fitur yang terdapat dalam kata bawa,
maka dalam penerangan dan penjelasan yang telah dibuat diatas, kita dapat
mengetahui beberapa perbezaan fitur-fitur dengan kata bawa yang mempunyai makna
yang tertentu dengan mengikuti kesesuaiannya dalam pembinaan ayat.
Dengan
kewujudan variasi kata-kata tetapi mempunyai tujuan yang sama telah
memperindahkan lagi akan keunikan dan keunggulan bahasa Melayu serta
memperlihatkan daya kreatif orang-orang Melayu yang sejak dari dahulu lagi
dalam pembinaan kosa-kosa kata yang berlainan dengan pengertiannya yang
berbeza.
Selesai
Ulasan
Catat Ulasan