Analisis Kesalahan Bahasa

Pengenalan

Analisis Kesalahan Bahasa (AKB) merupakan bidang linguistik terapan yang biasanya digunakan dalam bidang pengajaran dan juga pembelajaran bahasa. Analisis kesalahan bahasa ini boleh membantu dalam mempelajari sesuatu bahasa sama ada bahasa pertama (bahasa ibunda), bahasa kedua ataupun bahasa sasaran. Ini kerana terdapat sesetengah penulis masih lagi melakukan kesalahan dalam penulisan mereka dan perkara ini bukan sahaja terjadi kepada para pelajar tetapi ia juga dilakukan oleh para guru yang sudah terlatih.

Menurut Hartman dan Stok (1972), Analisis Kesalahan Bahasa merupakan satu teknik untuk mengkaji dan juga untuk mengetahui sejauh mana kemampuan dan kemajuan bahasa pelajar  dengan cara mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar tersebut.
Menurut Ollerdan Richards (1972) dan Corder (1972) pula, mereka menyifatkan Analisis kesalahan bahasa ini sebagai “dealing with the differences between the way people learning a language speaks and the way adult native speakers of the language use the language”.

Daripada pendapat penulis-penulis diatas, dapat disimpulkan bahawa Analisis kesalahan bahasa merupakan suatu kaedah ataupun cara bagi mengatasi masalah pengendalian dan mempelajari sesuatu bahasa sama ada bahasa itu terdiri daripada bahasa ibunda, bahasa kedua ataupun bahasa sasaran dan ia juga boleh membantu para penulis dalam menghasilkan suatu penulisan yang padat dan berkualiti dari segi penyampaian bahasa dan boleh berhubung dengan penulisan formal ataupun akademik.
Terdapat lima langkah penting ataupun peringkat utama dalam mengkaji dan menganalisis kesalahan bahasa. Lima peringkat utama tersebut adalah :

a)      Pengenalpastian
b)      Pentafsiran / Interpretasi
c)      Pembinaan Semula / Rekonstruksi
d)     Pengklasifikasian / Penggolongan
e)      Penjelasan

Menurut Ellis (1986), beliau juga mengemukakan lima langkah tersebut dimana ia mempunyai kaitan dengan lima langkah menganalisis kesalahan bahasa, iaitu:

a)      Mengumpulkan sampel kesalahan
b)      Mengidentifikasi kesalahan
c)      Menjelaskan kesalahan
d)     Mengklasifikasikan kesalahan
e)      Mengevaluasi kesalahan

Ahli pengkaji bahasa telah mengenalpasti bahawa terdapat perbezaan di antara kedua-dua konsep di dalam kesalahan bahasa iaitu kesalahan (error) dan kesilapan (mistake). Kedua-dua konsep ini adalah berbeza dari segi pengertiannya. Kesalahan (error) ini boleh juga dikenali sebagai Kesalahan kemampuan (competence).
Kesalahan kemampuan ini bermaksud sesuatu kesalahan yang dilakukan di dalam penulisan dan ia adalah berpunca daripada kurangnya kemampuan ataupun pengetahuan bagi penulis itu sendiri. Kesilapan pula boleh juga dikenali sebagai Kesalahan penampilan (performance) dimana kesalahan ini berpunca daripada faktor-faktor yang berlaku pada fizikal penulis itu sendiri contohnya kerana keletihan, mengantuk, lupa, tekanan emosi, hendak cepat siap dan lain-lain. Kesalahan penampilan (performance) ini juga boleh dikenali sebagai “Slip of the toungue”. Maksudnya disini ialah, disebabkan faktor-faktor fizikal yang dialami oleh penulis tersebut, maka tidak mustahil bagi penulis itu membuat kesilapan dalam penulisannya. Perkara ini boleh menyebabkan kesalahan dalam pembinaan ayat contohnya seperti “angkat kain hujan, jemuran dah turun” dimana sepatutnya pembinaan ayat yang betul ialah “angkat kain jemuran, hujan dah turun”. Perkara ini sewajarnya boleh berlaku kepada penulis yang tidak dapat memberi tumpuan penuh kepada penulisan dan perkara ini sememangnya boleh diperbetulkan kerana sebenarnya penulis memang mengetahui akan ayat yang sebenar tetapi disebabkan terdapatnya gangguan sama ada dari segi fizikal ataupun mental maka penulis tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada penulisannya tersebut.


Data 2

Kajian telah pun dilakukan pada penulisan karangan bagi pelajar tahun 8 dan melalui kajian tersebut telah di dapati bahawa pelajar tahun 8 ini banyak melakukan kesalahan dalam penulisan mereka sama ada dari segi Taksonomi kategori linguistik, Taksonomi siasat permukaan, Taksonomi komparatif dan juga Taksonomi efek komunikasi.
Daripada karangan yang telah dikaji yang bertajuk “Disiplin Pelajar Sekolah” (sila rujuk lampiran m.s **) terdapat banyak kesalahan yang dilakukan dan kesalahan yang dilakukan ini juga merujuk kepada kesalahan kemampuan dan kesalahan penampilan. Contohnya seperti “Banyak murid-murid atau penuntut sudah melanggar peraturan dan disiplin”. Dari contoh ini dapat kita lihat bahawa pelajar ini telah melakukan kesalahan kemampuan dimana pelajar ini telah menulis “Banyak murid-murid”. Kesalahan ini boleh juga diklasifikasikan dengan Taksonomi Siasat Permukaan (penambahan). Ini kerana pelajar telah menulis perkataan yang berulang-ulang (repetitive). Ayat tersebut boleh di ringkaskan menjadi “Banyak murid” ataupun ayat yang lebih sesuai seperti “ramai pelajar” ataupun “ramai murid”. Di dalam ayat ini juga terdapatnya pengaruh bahasa pertama (bahasa ibunda) iaitu “sudah”. Perkataan tersebut lebih sesuai jika diganti dengan “telah”. Ayat bagi contoh ini lebih sesuai jika direkonstruksikan menjadi “sejak kebelakangan ini, jumlah pelajar yang mempunyai masalah disiplin semakin meningkat”. Ayat sebegini sememangnya boleh membantu pembaca dalam memahami penafsiran ayat tersebut dan isi kandungannya juga adalah lebih padat dan kemas.

Contoh seterusnya bagi data kedua ini adalah “mengunakan pakaian yang tidak teratur, ponteng, merokok dan lain-lain”. Daripada ayat ini dapat dikenal pasti bahawa ia juga adalah tergolong daripada kesalahan kemampuan. Pertama, terdapat kesalahan ejaan di dalam ayat tersebut iaitu “mengunakan” dimana ejaan yang betul adalah “menggunakan”. Kesalahan ini boleh diklasifikasikan di dalam Taksonomi kategori linguistik kerana terdapat kesalahan dalam ejaan di dalam ayat ini. Pembinaan bagi ayat ini juga kurang sesuai, contohnya “mengunakan pakaian yang tidak teratur”. Ayat akan nampak lebih kemas dan sesuai jika direkonstruksikan menjadi “memakai pakaian yang tidak sesuai”. Setelah diubahsuai dan direkonstruksikan, ayat tersebut diubah menjadi “memakai pakaian yang tidak sesuai di sekolah, ponteng kelas, merokok dan lain-lain”.
Daripada kedua-dua contoh tersebut, dapat dilihat bahawa pelajar tahun 8 ini sering melakukan kesalahan kemampuan dan kesalahan ini adalah tergolong daripada kategori taksonomi siasat permukaan penambahan (addition) dan juga taksonomi kategori linguistik (kesalahan ejaan). Ayat daripada penulisan ini menunjukkan bahawa pelajar masih lagi lemah dan belum dapat menguasai pembinaan ayat sepenuhnya. Pelajar ini juga berkemungkinan mempunyai pengaruh bahasa pertama (bahasa ibunda) yang kuat menyebabkan ia terpengaruh kepada penulisannya. Masalah ini boleh diatasi jika pelajar ini rajin membaca buku-buku ataupun artikel yang berhubung kepada cara penulisan akademik dan tidak lupa juga bimbingan daripada guru ataupun ibu bapa yang sememangnya boleh membantu pelajar ini dalam memperbaikikan lagi penulisannya.


Penutup

Analisis kesalahan bahasa merupakan satu teknik ataupun kaedah yang digunakan untuk menilai tahap kemampuan pelajar dari segi bahasa mereka sama ada bahasa pertama, bahasa kedua ataupun bahasa sasaran. Perkara ini adalah sangat serius kerana bahasa mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan suatu penulisan mahupun karya bagi seseorang penulis tersebut. Jika penulis mempunyai masalah dan pengaruh yang kuat terhadap bahasa yang tidak sepatutnya dilampirkan di penulisan akademik, berkemungkinan besar ia akan menghasilkan sesuatu penulisan yang tidak layak dianggap sebagai penulisan akademik.
Analisis kesalahan bahasa yang telah dibuat terhadap penulisan para pelajar ini jelas memberikan satu manfaat yang besar kerana dengan sendirinya ia juga telah membantu pelajar itu sendiri dalam memperbaiki bahasa dari segi penulisan dan juga faktor-faktor lain sama ada dari segi tatabahasa, ejaan, pemberian tanda baca dan lain-lain. Pemahaman dalam analisis kesalahan bahasa ini memberi impak yang besar kepada para pelajar dalam menghasilkan suatu penulisan yang bukan sahaja kemas dan padat tetapi berkualiti dari segi bahasa.


Lampiran
Karangan pelajar tahun 8 (Karangan asal)
Tajuk : Disiplin Pelajar Sekolah

Banyak murid-murid atau penuntut sudah melanggar peraturan dan disiplin sekolah, contohnya berkelahi, membawa telepon bimbit, mencoteng papan hitam atau papan putih, membuli, mengunakan pakaian yang tidak teratur, ponteng, merokok dan lain-lain.
Kebanyakkan murid-murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah, sepertinya ponteng sekolah. Mereka suka ponteng sekolah, kerana tidak mau belajar, dan kebanyakkan murid yang ponteng sekolah akan ketinggalan pelajaran. Oleh sebab itu sebahagian sekolah memagari dikeliling kawasan sekolah dan mempunyai pengawas. Membawa telephone bimbit juga tidak digalakan oleh pihak sekolah, kerana ketakutan akan meniru semasa dalam peperiksaan. Ianya juga akan melalai pelajaran yang diajar oleh guru. Merokok juga seperti itu. Pihak polis melarang orang yang dibawah umur 18 tahun merokok akan mengakibat sakit jantung.
Pihak polis juga melarang murid-murid atau penuntut-penuntut membawa dadah. Dada sangat-sangat membahayakan diri. Oleh sebab itu pihak sekolah melarang pelajar sekolah membawa atau menghisap dadah.
Disiplin sekolah adalah contoh bagi pelajar. Jangan melakukan apa-apa yang dilarang oleh pihak sekolah.

*Sekolah berjaya,
  Murid senang,
  Pelajar berjaya,
  Hati pun senang.



Bil
Ayat Salah
Pengenalpastian
Pentafsiran
Rekonstruksi
Pengklasifikasian
Penjelasan
1
Banyak murid-murid atau penuntut sudah melanggar peraturan dan disiplin
Kemampuan
“Telah”

“Banyak murid”
Sejak kebelakangan ini, jumlah penuntut yang mempunyai masalah disiplin semakin meningkat
Taksonomi Siasat Permukaan
Penuntut ini tidak pandai mengolah ayat yang sesuai dan juga terdapat pengaruh bahasa ibunda contohnya “sudah”
2
Contohnya berkelahi, membawa telepon bimbit, mencoteng papan hitam.
Kesilapan
Merujuk kepada “telefon” dan “menconteng”
Contohnya berkelahi, membawa telefon bimbit,      menconteng papan hitam.
Taksonomi Kategori Linguistik
Penuntut ini telah membuat kesalahan dalam ejaan dan ejaan perkataan “telepon” tersebut mungkin kerana penuntut masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa ibunda.
3
Mengunakan pakaian yang tidak teratur, ponteng, merokok dan lain-lain.
Kemampuan
“tidak sesuai”

Menggunakan
Memakai pakaian yang tidak sesuai di sekolah, ponteng kelas, merokok dan lain-lain.
Taksonomi Kategori Linguistik
Terdapat kesalahan ejaan iaitu “Mengunakan”. Ejaan yang sebenar adalah “Menggunakan” dan penuntut ini tidak menggunakan ayat yang sesuai, contohnya “Menggunakan pakaian”. Ayat akan nampak lebih sesuai jika diganti dengan “Memakai pakaian”.
4
Kebanyakkan murid-murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah, sepertinya ponteng sekolah.
Kemampuan
“Kebanyakan” dan “seperti” / ”Contoh”
Di antara masalah disiplin yang sering berlaku adalah seperti ponteng sekolah
Taksonomi Kategori Linguistik
Terdapat kesalahan ejaan iaitu “Kebanyakkan”  (Sering berlaku) dan penuntut ini masih belum dapat menguasai tatabahasa dan mengolah ayat yang padat dan sesuai contohnya “sepertinya”
5
Mereka suka ponteng sekolah, kerana tidak mau belajar, dan kebanyakkan murid yang ponteng sekolah akan ketinggalan pelajaran.
Kemampuan
Merujuk kepada “mahu” dan “kebanyakan”(Kesalahan Ejaan)
Mereka selalu ponteng sekolah kerana tidak mahu belajar dan perkara ini boleh menyebabkan murid-murid akan ketinggalan banyak pelajaran.
Taksonomi Kategori Linguistik
Penuntut ini masih lagi keliru dengan bahasa ibunda dengan bahasa melayu standard, contohnya “mau”. Ejaan sebenar adalah “mahu” dan juga terdapat kesalahan ejaan iaitu “kebanyakkan”. Penuntut ini juga sering menggunakan “,” pada ayat-ayat yang tidak sesuai.
6
Oleh sebab itu sebahagian sekolah memagari dikeliling kawasan sekolah dan mempunyai pengawas
Kemampuan
Pagar telah dipasang 




Pengawal adalah perkataan yang lebih sesuai kerana penuntut ini merujuk kepada sekuriti
Oleh kerana itu, kebanyakan sekolah telah pun dipasang pagar dan  pengawal juga disediakan untuk mengawal dan memantau sekolah tersebut.

Penuntut ini masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa ibunda iaitu “memagari” dan terdapat perkataan yang tidak sesuai dengan ayat contohnya “Pengawas”, ia lebih sesuai jika ditukar kepada “Pengawal”.
7
Membawa telephone bimbit juga tidak digalakkan oleh pihak sekolah, kerana ketakutan akan meniru semasa dalam peperiksaan.
Kemampuan – “ketakutan” (kesalahan tatabahasa)

Kesilapan (kesalahan ejaan) – “telephone”    =“telefon”
Merujuk kepada “telefon” (dalam bahasa melayu) dan kesalahan tatabahasa berlaku disini,”ditakuti adalah perkataan yang sesuai berbanding “ketakutan”
Membawa telefon bimbit juga tidak dibenarkan oleh pihak sekolah kerana ditakuti penuntut akan menggunakan telefon bimbit ini sebagai alat untuk meniru semasa di dalam peperiksaan.

Penuntut masih lagi keliru terhadap ayat bahasa melayu dengan bahasa inggeris iaitu “telephone” memandangkan sebutannya juga tidak kurang bezanya dengan ayatnya dalam bahasa melayu iaitu “telefon”. Penuntut ini juga masih belum dapat menguasai perkataan dan pengolahan ayat. Contohnya “ketakutan”. Di dalam ayat ini, perkataan yang lebih sesuai ialah “ditakuti” .
8
Ianya juga akan melalai pelajaran yang diajar oleh guru.
Kemampuan
“melalaikan”/ ”lalai”
Perkara ini boleh menyebabkan penuntut itu menjadi lalai dan tidak mengambil perhatian di dalam kelas.

Kurang kreativiti dan belum lagi dapat menguasai tatabahasa dalam mengulaskan sesuatu ayat.
9
Pihak polis melarang orang yang dibawah umur 18 tahun merokok akan mengakibat sakit jantung.
Kemampuan
“mengakibatkan” / “akibat”
Menjual rokok pada remaja yang berumur dibawah 18 adalah tidak dibenarkan dan merokok ini boleh                       mengakibatkan sakit jantung.



Penuntut ini belum mempunyai pengetahuan dunia yang mencukupi dan ayat yang diolahkan oleh penuntut ini boleh menyebabkan pembaca menjadi keliru kerana ayat-ayat tersebut tidak tersusun dan ayat tersebut terus meloncat ke subjek lain.
10
Dada sangat-sangat membahayakan diri.
Kemampuan
Merujuk kepada “dadah” dan “sangat”
Dadah boleh membawa padah kepada diri sendiri.
Taksonomi Siasat Permukaan (addition) / (Penambahan)
Terdapat kesilapan ejaan iaitu “dada”. Ejaan yang betul adalah “dadah” dan penuntut ini telah membuat kesalahan iaitu “sangat-sangat” dimana ayat ini sebenarnya tidak wujud. Perkara ini terjadi mungkin kerana pengaruh bahasa ibunda yang sering digunakan.









Ulasan

  1. surat itu ialah daripada rakan saya yang telah lama berpindah ke k
    uala Lumpur

    BalasPadam
  2. Negeri Melaka merupakan negeri yang popular sekali dengan bangunan bersejarah

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SINONIM DAN KESINONIMAN KATA BAWA

Taksonomi Kesalahan Berbahasa