Analisis Teks berikut berdasarkan Paduan Wacana
Disiarkan pada 6/11//17
Oleh: Pendikar Bahasa
Analisis
wacana merupakan salah satu cabang ilmu yang terangkum dalam disiplin
linguistik. Sesebuah pertuturan yang diujarkan dengan baik samaada dalam bentuk
lisan mahupun bertulis berfungsi sebagai satu unsur dalam kesatuan yang
dilahirkan oleh jalinan ayat dalam menyampaikan sesuatu maklumat dalam sesuatu
topik. Apabila kesatuan ini memperlihatkan perkaitan yang tergabung secara lojik
di antara butir fikiran dengan perkembangan alkliah yang terdapat padanya iaitu
keteraturan fikiran (koheren) maka kesatuan ini dinamakan #pendikarbahasa sebagai wacana
(discourse) ataupun teks (Sato Hirobumi: 1997, ms14).
Sekiranya
ayat tersebut tidak mempunyai sebarang perkaitan atau perhubungan yang lojik di
antara satu sama lain secara berturut-turut maka kumpulan ayat tersebut tidak dikatakan
sebagai wacana.
Sebarang
perhubungan atau jalinan dalam bidang kebahasaan memperlihatkan bahawa ayat
yang membentuk wacana tidak berdiri sendiri dari #pendikarbahasa segi strukturnya akan tetapi saling
bergantung antara satu sama lain seolah-olah membentuk satu kesatuan struktur.
Sekiranya
bahasa itu digunakan bagi menyatakan fikiran melalui struktur, sistem yang
bersangkutan dengan cara penyampaian fikiran itu adalah fungsi yang turut berkaitan
dengan penggunaan ayat dan pola maksud ujaran.
Di
samping itu, kajian wacana ini bertujuan untuk menerangkan bagaimana kewujudan wacana
bagi tujuan yang tertentu. Dalam #pendikarbahasa menguraikan sebarang pemikiran, bahasa bukan sahaja
dapat menerbitkan beberapa pola ayat daripada pola yang asas tetapi juga dapat diungkapkan
dengan fikiran yang dimaksudkan oleh penyampai.
Wacana
boleh didapati dalam bentuk lisan dan tulisan. Dalam wacana, unsur-unsur bahasa
seperti kata, klausa dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna bagi
memperlihatkan hubungan dan perkembangna fikiran yang berkesinambungan serta
menghasilkan kesatuan fikiran.
Wacana
lisan atau dikenali sebagai spoken
discourse merupakan wacana yang disampaikan dengan bahasa lisan atau media
lisan (Sumarlam dkk, 2010:16). Untuk menerima dan memahami wacana lisan itu
penerima atau penutur mesti membaca dan mendengarkannya. Di dalam wacana lisan
ini terjadinya komunikasi secara langsung antara penutur dan pendengar.
Wacana
tulisan pula #pendikarbahasa adalah wacana yang disampaikan dengan sebuah tulisan atau media
tulis. Untuk memperolehi sebuah wacana tulisan ini harus ada seorang penerima
yang membacanya.
Ciri-ciri
wacana adalah bertujuan untuk menentukan selanggaraan, berlandaskan hubungan,
meninjau hubungan atau kedudukan penutur dalam masyarakat, mempunyai susun atur
sama ada mengikut waktu, tempat, kedudukan, keutamaan, sebab akibat dan
sebagainya, tiap-tiap wacana mempunyai satu maklumat baru yang ada dalam ayat
sebelumnya, tidak boleh memasukkan maklumat yang berlawanan dengan lojik
alkaliah iaitu bertentangan dengan maklumat yang terdahulu dan ada andaian (presupposition) dan juga inferensi (assertion).
PENANDA WACANA
Terbahagi
kepada 5 iaitu:
1.
Perujukan
I.
Eksoforik
1.1
KonteksSegera (PeringkatIndividu)
1.2
Pengetahuandikongsibersama (PeringkatMasyarakat)
1.3 Pengetahuandalamsatuduniawacana
(Peringkat Global)
II.
Endoforik
2.1
PerujukanAnaforik
2.2
PerujukanKataforik
2.
Penggantian
I.
Nomina
II.
Verba
III.
Klausa
3.
Pengguguran
I.
Nomina
II.
Verba
III.
Klausa
4.
Konjungsi
I.
Kebalikan
II.
Tambahan
III.
Temporal
IV.
Sebab
5. KohesiLeksikal
I.
Reiterasi
1.1 Pengulangan
Kata
1.2 Sinonimi
1.3 Superordinat
1.4 Kata Umum
II.
Kolokasi
2.1 Sintaksis
2.2 Semantik
ANALISIS TEKS
Perujukan Eksoforik -
pengetahuan satu dunia wacana.
1. “Laman
web rangkaian social telah menjadi trend
dalam kehidupan masyarakat masa kini.”
2. “Tidak
hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook
di peringkat global ...”
Perujukan Eksoforik -
pengetahuan dikongsi bersama.
1. “Seramai
6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia..”
2. “Fenomena
ini perlu dikawal agar tidak ada lagi gadis Malaysia yang terperangkap dengan
jerat ‘cinta ekspres’ maya.”
Perujukan Kataforik
1. “Ia
cukup membua tpengikutnya terus
‘melekat’. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka.”
Perujukan
Demonstratif
1. “Ia
cukup membuat pengikutnya terus ‘melekat’. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman
kegemaran mereka.”
Konjungsi Temporal
1. “Manakala laman
Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai
kira-kira 750,000 pengunjung.”
2. “Bermula dengan
sembang secara maya, lama-kelamaan kemesraan
yang terjalin membangkitkan ‘keinginan” untuk bersua ...”
Penggantian Nomina
1.
“Statistik
ini menunjukkan ‘kegilaan’ terhadap
aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu ‘rutin’
dalam kehidupan ‘pencinta’ laman web rangkaian sosial ini.”
Kolokasi Semantik
1. “Statistik
ini menunjukkan ‘kegilaan’ terhadap
aktiviti melayari laman web social semakin diminati dan menjadi satu ‘rutin’
dalam kehidupan ‘pencinta’ laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah
menjadi satu ‘ketagihan’ bagi
pengikut fanatic laman web sosial ini ...”
Kohesi Leksikal : Reiterasi-
Sinonimi
1.
“Statistik ini
menunjukkan ‘kegilaan’ terhadap aktiviti melayari laman web social semakin
diminati dan menjadi satu ‘rutin’ dalam kehidupan‘pencinta’ laman web rangkaian social ini. Ia seolah-olah menjadi
satu ‘ketagihan’ bagi pengikut fanatik laman
web social ini.”
2.
“Terdapat segelintir
mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman web ini untuk memerangkap gadis-gadis yang mudah di pujuk rayu.”
“Dengan
angka pengguna internet di Malaysia menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut
... pastinya tindakan sewajarnya perlu dilakukan sebelum lebih ramai lagi wanita-wanita ...”
Konjungsi Sebab
1. “Fenomena
‘kegilaan’ terhadap aktiviti ini member kesan yang mendalam dalam kehidupan
masyarakat sehingga ada yang
menjadikan membuka laman web social ini sebagai ‘sarapan pagi’ sebelum
melakukan aktiviti harian yang lain.”
2. “Tidak
dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, ... dan sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim
sesama kita, ...”
Konjungsi Tambahan
1. “Fenomena
‘kegilaan’ terhadap aktiviti ini member kesan yang mendalam dalam kehidupan
masyarakat sehingga ada yang menjadikan #pendikarbahasa membuka laman web sosial ini sebagai
‘sarapan pagi’ sebelum melakukan aktiviti harian yang lain.Tidak cukup dengan akses melalui internet, kini ‘pencinta’ ...”
Konjungsi Kebalikan
1. “Di
sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian
sosial ini.”
Kohesi Leksikal –
Reiterasi Penggulangan kata
1. “Dengan
angka pengguna Internet di Malaysia menjangkau 16 juta orang dan angka
tersebut dijangka ...”
Ulasan
Catat Ulasan