Metoodogi Penyelidakan Bahasa Persuasif / Pemujukan

Disiarkan pada 6/11/17
Oelh: Pendikar Bahasa

Dalam  kajian ini, pengkaji telah menggunakan pendekatan data sekunder bagi memperolehi data yang berkenaan dengan kajian ini. Maklumat-maklumat atau bahan bacaan tersebut diperolehi dan dijadikan sebagai maklumat rujukan.
Terdapat dua kaedah data sekunder yang digunakan dalam kajian ini dengan melihat kepada maklumat-maklumat yang tertentu dan relevan dengan kajian yang dijalankan.
1.         Kajian internet.
Merujuk pengkajian terhadap aspek bahasa persuasivf atau pemujukan, kebanyakan maklumat mengenainya diperolehi melalui sumber internet. Perkara ini boleh kita dapati melalui laman-laman web atau blogger yang mengandungi maklumat-maklumat mengenai bahasa persuasif yang digunakan dalam bidang politik. Maklumat-maklumat tersebut juga turut diperolehi melalui artikel-artikel yang berkaitan dan Wikipedia.
2.         Kajian kepustakaan.
Pengkajian ini juga dibuat berdasarkan pembacaan buku-buku yang berunsurkan politik bagi mendapat sebarang maklumat yang dapat membantu dan mengukuhkan lagi maklumat dan data hasil kajian yang diperolehi.

Kedua-dua kaedah METODOLOGI PENYELIDIKAN
Dalam  kajian ini, pengkaji telah menggunakan pendekatan data sekunder bagi memperolehi data yang berkenaan dengan kajian ini. Maklumat-maklumat atau bahan bacaan tersebut diperolehi dan dijadikan sebagai maklumat rujukan.
Terdapat dua kaedah data sekunder yang digunakan #pendikarbahasa dalam kajian ini dengan melihat kepada maklumat-maklumat yang tertentu dan relevan dengan kajian yang dijalankan.
1.         Kajian internet.
Merujuk pengkajian terhadap aspek bahasa persuasivf atau pemujukan, kebanyakan maklumat mengenainya diperolehi melalui sumber internet. Perkara ini boleh kita dapati melalui laman-laman web atau blogger yang mengandungi maklumat-maklumat mengenai bahasa persuasif yang digunakan dalam bidang politik. Maklumat-maklumat tersebut juga turut diperolehi melalui artikel-artikel yang berkaitan dan Wikipedia.
2.         Kajian kepustakaan.
Pengkajian ini juga dibuat berdasarkan pembacaan buku-buku yang berunsurkan politik bagi mendapat sebarang maklumat yang dapat membantu dan mengukuhkan lagi maklumat dan data hasil kajian yang diperolehi.
Kedua-dua kaedah pendekatan data sekunder ini dapat membantu dalam menganalis data-data dalam memfokuskan kajian ini secara lebih khusus dan terperinci, kerana dengan adanya pendekatan sebegini akan memberikan #pendikarbahasa pendedahan yang mendalam kepada pengkaji untuk mencapai objektif atau kehendak yang diperlukan.

ANALISIS KAJIAN
Dalam  kajian ini, pengkaji menggunakan video ucapan Lee Hsien Loong semasa beliau berucap di Rapat Hari Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013. Dalam ucapan tersebut,      Lee Hsien Loong didapati  banyak menggunakan teknik pemujukan atau persuasif di hadapan audiens yang rata-rata dihadiri oleh masyarakat Melayu Islam Singapura.
Semasa Lee Hsien Loong membuat ucapan di Rapat Hari Kebangsaan tersebut, beliau menyentuh banyak aspek utama yang membawa kepada kebaikan dan kelebihan kepada negara Singapura.
Aspek-aspek yang disentuh beliau berkaitrapat tentang soal kemajuan dan pembangunan masyarakat Melayu Islam Singapura iaitu menyentuh #pendikarbahasa mengenai soal kekeluargaan, keagamaan, perekonomian, masa hadapan & hala tuju,soal politik, pendidikan & kemajuan,  solidariti dan kebudayaan.
Bahasa persuasif atau pemujukan dalam ucapan tersebut mampu mempengaruhi audiens yang hadir semasa majlis tersebut. Pada perenggan seterusnya, kita akan melihat kepada ciri-ciri bahasa pemujukan yang digunakan oleh Perdana Menteri Singapura dengan merujuk kepada ucapan-ucapan beliau dalam aspek-aspek utama yang disentuh beliau.
Pertama, aspek yang disentuh ialah menggenai penglibatan masyarakat Melayu Islam dalam bidang perekonomian, Lee Hsien Loong menyeru kepada masyarakat Melayu Islam untuk turut menyumbang kearah perkembangan perekonomian di Singapura dan beliau menaruh harapan berupa keyakinan bahawa orang-orang Melayu di sana mampu mengecapi pertumbuhan dalam bidang perekonomian dengan harapan yang lebih cerah lagi.
Pemujukan yang digunakan oleh beliau  boleh  kita perhatikan dalam petikan di bawah ini:
1.         Tidak lama lagi, kita akan adakan satu pertandingan bagi mereka bentuk bangunan Wisma Geylang Serai. Ambilah peluang ini untuk memberikan idea anda bagi menjayakan projek ini”.                  

2.         “Saya gembira dengan kemajuan anda. Anda yakin akan tempat anda di Singapura. Anda boleh memberi banyak sumbangan kepada ekonomi, masyarakat dan negara. Anda boleh memandang masa depan dengan yakin”.
Lee Hsien Loong, Rapat Hari Kebangsaan 2012.
Melalui percontohan pertama dan  kedua di atas, Lee Hsien Loong menggunakan ungkapan seperti “ambilah  peluang ini untuk memberikan idea anda bagi menjayakan projek ini” dan ungkapan “anda yakin akan tempat anda di Singapura” serta ungkapan “anda boleh memandang masa hadapa dengan yakin” secara tidak langsung #pendikarbahasa menunjukkan sebuah pemujukan terhadap orang-orang Melayu Singapura di samping menunjukkan keyakinan beliau terhadap kebolehan orang-orang Melayu dalam bidang perekonomian di Singapura.
Kedua, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut menyentuh mengenai aspek institusi kekeluargaan Masyarakat Melayu Islam di Singapura, beliau mengharapkan masyarakat Melayu Islam untuk mendirikan rumahtangga dan melahirkan lebih ramai generasi muda masyarakat Melayu Islam bagi membantu mencapai cita-cita dan wawasan Singapura.   
Petikan ucapan daripada Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan 2012:
“Saya berharap dapat mendengar lebih banyak paluan kompang dan tangisan  bayi daripada anda tidak lama lagi”.
Ucapan ini secara tidak langsung memperlihatkan ketinggian bahasa pemujukan bahasa yang beliau gunakan bagi menyokong atau menggalakkan golongan muda masyarakat Melayu Islam di Singapura untuk mendirikan rumahtangga dan seterusnya melahirkan generasi baru yang diharapkan dapat mewarisi kemajuan dan kejayaan Singapura pada masa hadapan nanti.

Manakala aspek yang ketiga ialah menyentuh mengenai masa hadapan dan hala tuju singapura. Kita perhatikan petikan ucapan Lee Hsien Loong (2012) di bawah ini:
1.       “Kita mahu anak-anak dan cucu-cicit kita selesa tinggal di sini untuk    mencapai  impian masing-masing”.                                                                                                                           
2.      “Kita mahukan sebuah masyarakat penyayang dan prihatin; sebuah bandaraya yang terbuka dengan semangat Singapura yang teguh; sebuah masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam harmoni”.
Dalam petikan pertama dan kedua di atas, Lee Hsien Loong menyatakan hasrat beliau untukmelihat generasi-generasi yang akan datang dapat hidup dengan selesa dan mampu mencapai impian serta cita-cita masing-masing,beliau turut mencuba untuk mempengaruhi pemikiran audiens pada masa itu untuk turut bersama-sama bergading bahu kearah menjadi sebuah masyarakat yang penyayang, lebih perihatin, mempunyai semangat patriotik terhadap negara serta hidup dalam keadaan damai dan berbilang kaum di sebuah bandaraya yang serba mencabar itu.
Kemudian, kita masuk kepada aspek yang #pendikarbahasa ke-empat iaitu politik di Singapura, kita tahu bahawa di Singapura mempunyai pelbagai kaum dan bangsa,kepelbagaian kaum seperti  bangsa Cina, Melayu, India dan lain-lain. Pemerintah dengan sedaya upayanya menyeru agar isu-isu politk yang berlaku di negara itu ditadbir dan diuruskan atas dasar berbilang kaum agar tidak berlakunya sebarang penindasan ataupun ketidakadilan terhadap kaum-kaum ataupun bangsa-bangsa lain di sana.
Petikan ucapan Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan 2012:
“Untuk mencapai semua matlamat itu, kita harus terus amalkan dasar berbilang kaum dalam menghadapi isu-isu negara. Saya percaya anda semua tahu – menerusi televisyen, akhbar atau internet – bagaimana politik dan masyarakat di negara lain sering diuruskan mengikut landasan kaum. Bagi setiap isu, mereka lihat dan perjuangkan atas kepentingan kaum – mana kaum yang untung, dan mana yang rugi. Kita jangan sekali-kali biarkan ini berlaku di Singapura”.

Ucapan Lee Hsien Loong di atas mempersuasifkan masyarakat Melayu Islam agar melihat atau menguruskan sesuatu isu negara dengan mengamalkan dasar berbilang kaum bukannya dengan melihat atau menggunakan sistem yang berat sebelah dengan melihat kepada keuntungan ataupun kerugian semata-mata. Beliau juga menyeru agar rakyat Singapura mengambil iktibar terhadap isu-isu politik yang diuruskan di negara luar berdasarkan kepentingan kaum-kaum yang tertentu sahaja.
Seterusnya, bahasa pemujukan boleh kita dapati lagi apabila Lee Hsien Loong menyentuh aspek yang kelima iaitu aspek pendidkan & kemajuan #pendikarbahasa semasa ucapan tersebut. Beliau menyokong usaha-usaha pihak berkenaan yang sudi memberi bantuan dan bimbingan terhadapa golongan yang berkebolehan dan susah serta meningkatkan prestasi mereka dalam bidang pendidikan dan kemajuan agar dapat mencapai perubahan demi perubahan sehinggalah membawa ke tahap yang lebih tinggi lagi.

“Sambil kita membimbing golongan yang berkebolehan, bantulah juga mereka yang susah. Dalam pada itu, galakkanlah yang sederhana supaya meningkatkan prestasi. Sekiranya anda boleh kekalkan kemajuan yang mantap tahun demi tahun, saya pasti masyarakat Melayu/Islam akan terus menjalani transformasi, dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Itu yang kita semua inginkan”   
Lee Hsien Loong, Rapat Hari Kebangsaan 2012.
Aspek yang ke-enam pula ialah aspek solidariti- dalam ucapan beliau, banyak menyentuh mengenai kebersamaan dan kesatuan rakyat terutama sekali masyarakat Melayu Islam Singapura dengan pemerintah dan pemimpin-pemimpin Singapura dalam bersama-sama mencapai matlamat dan wawasan negara yang banyak memberi kemanfaatan bersama, berganding bahu kearah kejayaan dan kemajuan negara terutama sekali dalam bidang perekonomian dan pembangunan pada masa akan datang. 
Di bawah ini ialah contoh petikan Lee Hsien Loong yang menyeru kearah kebersamaan dan perpaduan:
  1.  “Saudara, ayuh! Mari bekerja rapat dengan saya dan AP-AP Melayu/Islam saya, dengan para pemimpin masyarakat, untuk mencapai matlamat kita sebagai satu bangsa. Bersama-sama, masyarakat Melayu/Islam akan terus maju seiring dan sejalan dengan negara. Anda pasti mengambil tempat yang sewajarnya dalam pembangunan Singapura. Marilah kita berikan yang terbaik demi masyarakat dan negara kita yang tersayang ini. Marilah kita jayakan wawasan kita menuju sebuah Masyarakat Cemerlang dalam negara yang bersatu padu!”

  1. “Marilah kita berikan yang terbaik demi masyarakat dan negara kita yang tersayang ini”.

Seterusnya, aspek yang ketujuh ialah mengenai soal kebudayaan Masyarak Melayu Islam di Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya menyatakan akan sokongan kerajaan dalam mengekalkan kebudayan orang-orang Melayu iaitu dengan membukakan semula Taman Warisan Melayu yang akan memberikan manfaat kepada orang-orang Melayu khususnya di Singapura, masyarakat berbilanga kaum Singapuran dan juga #pendikarbahasa  pelawat asing, secara jelasnya Perdana Menteri Singapura menyeru agar masyarakat Melayu terlibat dalam usaha mengekalkan kebudayaan mereka di sana di samping memberikan manfaat kepada pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelawat asing ke negara tersebut.
Dan yang terakhir pula, iaitu aspek keagamaan, semasa Lee Hsien Loong berucap di Rapat Kebangsaan 2013, beliau telah menyatakan akan pembinaan lebih banyak masjid di Singapura iaitu dengan kadar pertambahan ruang solat iaitu sebanyak 18 ribu jemaah, pemerintah Singapura juga mencuba memperlihatkan bahawa mereka masih mengamalkan sistem ambilkira kebajikan rakyat tidak mengira kaum dan jelas memperlihatkan keprihatianan pemerintah terhadap masayarakat Melayu Islam di Singapura.

DAPATAN KAJIAN
Setelah pengkaji berjaya menganalisis dan menerangkan satu persatu petikan-petikan yang mengandungi ungkapan-ungkapan bahasa pemujukan atau persuasif yang diutarakan oleh Lee Hsien Loong dalam analisis kajian, maka ada beberapa perkara yang menarik untuk dibincangkan dalam dapatan kajian ini, iaitu yang pertama #pendikarbahasa penggunaan kata ganti nama yang membawa fungsi-fungsi tertentu sebagai rujukan dan kedua, penggunaan kata bantu yang berkuasa ataupun bersifat impresif.
Hasil dapatan yang pertama ialah penggunaan kata ganti nama- Lee Hsien Loong dalam ucapan beliau banyak menggunakan kata ganti nama seperti kita, anda, saya dan pemerintah semasa berucap. Kata ganti nama yang digunakan tersebut mempunyai fungsi yang merujuk kepada pihak-pihak yang tertentu, sebagai contoh:
1.            Penggunaan kata ganti nama kita dalam petikan: Kita mahu anak-anak dan cucu-cicit kita selesa tinggal di sini untuk mencapai impian masing-masing”, penggunaan kita di sini merujuk kepada hubungan kebersamaan pemerintah dengan rakyat.
2.            Penggunaan kata ganti nama anda dalam petikan: Sekiranya anda boleh kekalkan kemajuan yang mantap tahun demi tahun, saya pasti masyarakat Melayu/Islam akan terus menjalani transformasi, dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Itu yang kita semua inginkan”, merujuk kepada masyarak Melayu Islam yang hadir ataupun ditujukan kepada rakyat Singapura pada masa tersebut.
3.            Penggunaan kata ganti nama saya dalam petikan: “Saya gembira dengan kemajuan anda”, merujuk kepada individualistik atau secara sudut peribadi Lee Hsien Loong sendiri.
4.            Penggunaan kata ganti nama pemerintah dalam petikan: Pemerintah akan sokong usaha anda untuk meningkat maju, termasuk usaha mengekalkan budaya anda, tetapi anda harus manfaatkan sepenuhnya sokongan itu”, merujuk kepada kerajaan Singapura dan pemimpin-pemimpin yang terlibat.
           
Penggunaan kata ganti nama semasa berucap amatlah mustahak sekali kerana ia akan memperlihatkan fungsi-fungsi tertentu yang menjadi rujukan untuk dikongsi bersama-sama semasa di majlis tersebut.
Kemudian, hasil dapatan yang kedua ialah penggunaan kata bantu yang berkuasa dan bersifat impressif yang digunakan semasa ucapan Lee Hsien Loong yang jelas cuba mengajak dan memujuk masayarakat Melayu Islam di Singapura untuk menyahut segala seruan dan sokongan yang diberikan oleh pemerintah Singapura. Dalam petikan ucapan beliau, pengkaji mendapati Lee Hsien Loong menggunakan kata bantu seperti marilah, berharap, ayuh dan galakkanlah yang bertujuan untuk menyeru, mempengaruhi pemikiran, berganding bahu dan bekerjasama dan ditujukan kepada rakyat singapura khususnya masyarakat Melayu Islam di Singapura.
Petikan-petikan di bawah ini akan menunjukkan bagaimana kata bantu tersebut diaplikasikan dan memberikan fungsinya yang berbeza:
          1.            Penggunaan kata bantu marilah dalam petikan: Marilah kita berikan yang terbaik demi masyarakat dan negara kita yang tersayang ini. Marilah kita jayakan wawasan kita menuju sebuah Masyarakat Cemerlang dalam negara yang bersatu padu!”, mengajak rakyat agar sentiasa memberikan kerjasama yang padu bagi mencapai wawasan Masyarakat Cemerlang dan bersatu padu dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Singapura.
          2.            Penggunaan kata bantu berharap dalam petikan: “Saya berharap dapat mendengar lebih banyak paluan kompang dan tangisan bayi daripada anda tidak lama lagi!”, memperlihatkan sebuah harapan atau penantian daripada audiens yang ditujukan semasa ucapan tersebut diadakan.
          3.            Penggunaan kata bantu ayuh  dalam petikan: “Saudara, ayuh! Mari bekerja rapat dengan saya dan AP-AP Melayu/Islam saya, dengan para pemimpin masyarakat, untuk mencapai matlamat kita sebagai satu bangsa”, memperlihat sebuah pujukan atau seruan yang mesti dihasut oleh segenap masyarakat Melayu Islam di Singapura.
          4.            Penggunaan kata bantu galakkanlah  dalam petikan: Dalam pada itu, galakkanlah yang sederhana supaya meningkatkan prestasi”, mengajak audiens dan orang ramai untuk saling bantu membantu dalam segala aspek kehidupan agar dapat merentasi tahap yang lebih baik lagi di Singapura.
Dalam petikan-petikan di atas yang telah dihuraikan secara lanjut menunjukkan akan kekuatan kata bantu dalam memberikan pujukan yang sifatnya lebih mantap dan ampuh agar dapat mempengaruhi pemikiran dan menanamkan sebuah semangat baru audiens dan boleh menerima atau melaksanakan apa jua pembaharuan dan kemajuan yang diajukan oleh pemerintah kepada rakyatnya sendiri.

KESIMPULAN

 pendekatan data sekunder ini dapat membantu dalam menganalis data-data dalam memfokuskan kajian ini secara lebih khusus dan terperinci, kerana dengan adanya pendekatan sebegini akan memberikan pendedahan yang mendalam kepada pengkaji untuk mencapai objektif atau kehendak yang diperlukan.

ANALISIS KAJIAN
Dalam  kajian ini, pengkaji menggunakan video ucapan Lee Hsien Loong semasa beliau berucap di Rapat Hari Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013. Dalam ucapan tersebut,      Lee Hsien Loong didapati  banyak menggunakan teknik pemujukan atau persuasif di hadapan audiens yang rata-rata dihadiri oleh masyarakat Melayu Islam Singapura.
Semasa Lee Hsien Loong membuat ucapan di Rapat Hari Kebangsaan tersebut, beliau menyentuh banyak aspek utama yang membawa kepada kebaikan dan kelebihan kepada negara Singapura.
Aspek-aspek yang disentuh beliau berkaitrapat tentang soal kemajuan dan pembangunan masyarakat Melayu Islam Singapura iaitu menyentuh mengenai soal kekeluargaan, keagamaan, perekonomian, masa hadapan & hala tuju,soal politik, pendidikan & kemajuan,  solidariti dan kebudayaan.
Bahasa persuasif atau pemujukan dalam ucapan tersebut mampu mempengaruhi audiens yang hadir semasa majlis tersebut. Pada perenggan seterusnya, kita akan melihat kepada ciri-ciri bahasa pemujukan yang digunakan oleh Perdana Menteri Singapura dengan merujuk kepada ucapan-ucapan beliau dalam aspek-aspek utama yang disentuh beliau.
Pertama, aspek yang disentuh ialah menggenai penglibatan masyarakat Melayu Islam dalam bidang perekonomian, Lee Hsien Loong menyeru kepada masyarakat Melayu Islam untuk turut menyumbang kearah perkembangan perekonomian di Singapura dan beliau menaruh harapan berupa keyakinan bahawa orang-orang Melayu di sana mampu mengecapi pertumbuhan dalam bidang perekonomian dengan harapan yang lebih cerah lagi.
Pemujukan yang digunakan oleh beliau  boleh  kita perhatikan dalam petikan di bawah ini:
1.         Tidak lama lagi, kita akan adakan satu pertandingan bagi mereka bentuk bangunan Wisma Geylang Serai. Ambilah peluang ini untuk memberikan idea anda bagi menjayakan projek ini”.                  

2.         “Saya gembira dengan kemajuan anda. Anda yakin akan tempat anda di Singapura. Anda boleh memberi banyak sumbangan kepada ekonomi, masyarakat dan negara. Anda boleh memandang masa depan dengan yakin”.
Lee Hsien Loong, Rapat Hari Kebangsaan 2012.
Melalui percontohan pertama dan  kedua di atas, Lee Hsien Loong menggunakan ungkapan seperti “ambilah  peluang ini untuk memberikan idea anda bagi menjayakan projek ini” dan ungkapan “anda yakin akan tempat anda di Singapura” serta ungkapan “anda boleh memandang masa hadapa dengan yakin” secara tidak langsung menunjukkan sebuah pemujukan terhadap orang-orang Melayu Singapura di samping menunjukkan keyakinan beliau terhadap kebolehan orang-orang Melayu dalam bidang perekonomian di Singapura.
Kedua, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut menyentuh mengenai aspek institusi kekeluargaan Masyarakat Melayu Islam di Singapura, beliau mengharapkan masyarakat Melayu Islam untuk mendirikan rumahtangga dan melahirkan lebih ramai generasi muda masyarakat Melayu Islam bagi membantu mencapai cita-cita dan wawasan Singapura.   
Petikan ucapan daripada Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan 2012:
“Saya berharap dapat mendengar lebih banyak paluan kompang dan tangisan  bayi daripada anda tidak lama lagi”.
Ucapan ini secara tidak langsung memperlihatkan ketinggian bahasa pemujukan bahasa yang beliau gunakan bagi menyokong atau menggalakkan golongan muda masyarakat Melayu Islam di Singapura untuk mendirikan rumahtangga dan seterusnya melahirkan generasi baru yang diharapkan dapat mewarisi kemajuan dan kejayaan Singapura pada masa hadapan nanti.

Manakala aspek yang ketiga ialah menyentuh mengenai masa hadapan dan hala tuju singapura. Kita perhatikan petikan ucapan Lee Hsien Loong (2012) di bawah ini:
1.       “Kita mahu anak-anak dan cucu-cicit kita selesa tinggal di sini untuk    mencapai  impian masing-masing”.                                                                                                                           
2.      “Kita mahukan sebuah masyarakat penyayang dan prihatin; sebuah bandaraya yang terbuka dengan semangat Singapura yang teguh; sebuah masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam harmoni”.
Dalam petikan pertama dan kedua di atas, Lee Hsien Loong menyatakan hasrat beliau untukmelihat generasi-generasi yang akan datang dapat hidup dengan selesa dan mampu mencapai impian serta cita-cita masing-masing,beliau turut mencuba untuk mempengaruhi pemikiran audiens pada masa itu untuk turut bersama-sama bergading bahu kearah menjadi sebuah masyarakat yang penyayang, lebih perihatin, mempunyai semangat patriotik terhadap negara serta hidup dalam keadaan damai dan berbilang kaum di sebuah bandaraya yang serba mencabar itu.
Kemudian, kita masuk kepada aspek yang ke-empat iaitu politik di Singapura, kita tahu bahawa di Singapura mempunyai pelbagai kaum dan bangsa,kepelbagaian kaum seperti  bangsa Cina, Melayu, India dan lain-lain. Pemerintah dengan sedaya upayanya menyeru agar isu-isu politk yang berlaku di negara itu ditadbir dan diuruskan atas dasar berbilang kaum agar tidak berlakunya sebarang penindasan ataupun ketidakadilan terhadap kaum-kaum ataupun bangsa-bangsa lain di sana.
Petikan ucapan Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan 2012:
“Untuk mencapai semua matlamat itu, kita harus terus amalkan dasar berbilang kaum dalam menghadapi isu-isu negara. Saya percaya anda semua tahu – menerusi televisyen, akhbar atau internet – bagaimana politik dan masyarakat di negara lain sering diuruskan mengikut landasan kaum. Bagi setiap isu, mereka lihat dan perjuangkan atas kepentingan kaum – mana kaum yang untung, dan mana yang rugi. Kita jangan sekali-kali biarkan ini berlaku di Singapura”.

Ucapan Lee Hsien Loong di atas mempersuasifkan masyarakat Melayu Islam agar melihat atau menguruskan sesuatu isu negara dengan mengamalkan dasar berbilang kaum bukannya dengan melihat atau menggunakan sistem yang berat sebelah dengan melihat kepada keuntungan ataupun kerugian semata-mata. Beliau juga menyeru agar rakyat Singapura mengambil iktibar terhadap isu-isu politik yang diuruskan di negara luar berdasarkan kepentingan kaum-kaum yang tertentu sahaja.
Seterusnya, bahasa pemujukan boleh kita dapati lagi apabila Lee Hsien Loong menyentuh aspek yang kelima iaitu aspek pendidkan & kemajuan semasa ucapan tersebut. Beliau menyokong usaha-usaha pihak berkenaan yang sudi memberi bantuan dan bimbingan terhadapa golongan yang berkebolehan dan susah serta meningkatkan prestasi mereka dalam bidang pendidikan dan kemajuan agar dapat mencapai perubahan demi perubahan sehinggalah membawa ke tahap yang lebih tinggi lagi.

“Sambil kita membimbing golongan yang berkebolehan, bantulah juga mereka yang susah. Dalam pada itu, galakkanlah yang sederhana supaya meningkatkan prestasi. Sekiranya anda boleh kekalkan kemajuan yang mantap tahun demi tahun, saya pasti masyarakat Melayu/Islam akan terus menjalani transformasi, dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Itu yang kita semua inginkan”   
Lee Hsien Loong, Rapat Hari Kebangsaan 2012.
Aspek yang ke-enam pula ialah aspek solidariti- dalam ucapan beliau, banyak menyentuh mengenai kebersamaan dan kesatuan rakyat terutama sekali masyarakat Melayu Islam Singapura dengan pemerintah dan pemimpin-pemimpin Singapura dalam bersama-sama mencapai matlamat dan wawasan negara yang banyak memberi kemanfaatan bersama, berganding bahu kearah kejayaan dan kemajuan negara terutama sekali dalam bidang perekonomian dan pembangunan pada masa akan datang. 
Di bawah ini ialah contoh petikan Lee Hsien Loong yang menyeru kearah kebersamaan dan perpaduan:
  1.  “Saudara, ayuh! Mari bekerja rapat dengan saya dan AP-AP Melayu/Islam saya, dengan para pemimpin masyarakat, untuk mencapai matlamat kita sebagai satu bangsa. Bersama-sama, masyarakat Melayu/Islam akan terus maju seiring dan sejalan dengan negara. Anda pasti mengambil tempat yang sewajarnya dalam pembangunan Singapura. Marilah kita berikan yang terbaik demi masyarakat dan negara kita yang tersayang ini. Marilah kita jayakan wawasan kita menuju sebuah Masyarakat Cemerlang dalam negara yang bersatu padu!”

  1. “Marilah kita berikan yang terbaik demi masyarakat dan negara kita yang tersayang ini”.
                                                   Lee Hsien Loong, Rapat Hari Kebangsaan 2012.
Seterusnya, aspek yang ketujuh ialah mengenai soal kebudayaan Masyarak Melayu Islam di Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya menyatakan akan sokongan kerajaan dalam mengekalkan kebudayan orang-orang Melayu iaitu dengan #pendikarbahasa membukakan semula Taman Warisan Melayu yang akan memberikan manfaat kepada orang-orang Melayu khususnya di Singapura, masyarakat berbilanga kaum Singapura dan juga pelawat asing, secara jelasnya Perdana Menteri Singapura menyeru agar masyarakat Melayu terlibat dalam usaha mengekalkan kebudayaan mereka di sana di samping memberikan manfaat kepada pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelawat asing ke negara tersebut.
Dan yang terakhir pula, iaitu aspek keagamaan, semasa Lee Hsien Loong berucap di Rapat Kebangsaan 2013, beliau telah menyatakan akan pembinaan lebih banyak masjid di Singapura iaitu dengan kadar pertambahan ruang solat iaitu sebanyak 18 ribu jemaah, pemerintah Singapura juga mencuba memperlihatkan bahawa mereka masih mengamalkan sistem ambilkira kebajikan rakyat tidak mengira kaum dan jelas memperlihatkan keprihatianan pemerintah terhadap masayarakat Melayu Islam di Singapura.

DAPATAN KAJIAN
Setelah pengkaji berjaya menganalisis dan menerangkan satu persatu petikan-petikan yang mengandungi ungkapan-ungkapan bahasa pemujukan atau persuasif yang diutarakan oleh Lee Hsien Loong dalam analisis kajian, maka ada beberapa perkara yang menarik untuk dibincangkan dalam dapatan kajian ini, iaitu yang #pendikarbahasa pertama penggunaan kata ganti nama yang membawa fungsi-fungsi tertentu sebagai rujukan dan kedua, penggunaan kata bantu yang berkuasa ataupun bersifat impresif.
Hasil dapatan yang pertama ialah penggunaan kata ganti nama- Lee Hsien Loong dalam ucapan beliau banyak menggunakan kata ganti nama seperti kita, anda, saya dan pemerintah semasa berucap. Kata ganti nama yang digunakan tersebut mempunyai fungsi yang merujuk kepada pihak-pihak yang tertentu, sebagai contoh:
1.            Penggunaan kata ganti nama kita dalam petikan: Kita mahu anak-anak dan cucu-cicit kita selesa tinggal di sini untuk mencapai impian masing-masing”, penggunaan kita di sini merujuk kepada hubungan kebersamaan pemerintah dengan rakyat.
2.            Penggunaan kata ganti nama anda dalam petikan: Sekiranya anda boleh kekalkan kemajuan yang mantap tahun demi tahun, saya pasti masyarakat Melayu/Islam akan terus menjalani transformasi, dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Itu yang kita semua inginkan”, merujuk kepada masyarak Melayu Islam yang hadir ataupun ditujukan kepada rakyat Singapura pada masa tersebut.
3.            Penggunaan kata ganti nama saya dalam petikan: “Saya gembira dengan kemajuan anda”, merujuk kepada individualistik atau secara sudut peribadi Lee Hsien Loong sendiri.
4.            Penggunaan kata ganti nama pemerintah dalam petikan: Pemerintah akan sokong usaha anda untuk meningkat maju, termasuk usaha mengekalkan budaya anda, tetapi anda harus manfaatkan sepenuhnya sokongan itu”, merujuk kepada kerajaan Singapura dan pemimpin-pemimpin yang terlibat.
           
Penggunaan kata ganti nama #pendikarbahasa semasa berucap amatlah mustahak sekali kerana ia akan memperlihatkan fungsi-fungsi tertentu yang menjadi rujukan untuk dikongsi bersama-sama semasa di majlis tersebut.
Kemudian, hasil dapatan yang kedua ialah penggunaan kata bantu yang berkuasa dan bersifat impressif yang digunakan semasa ucapan Lee Hsien Loong yang jelas cuba mengajak dan memujuk masayarakat Melayu Islam di Singapura untuk menyahut segala seruan dan sokongan yang diberikan oleh pemerintah Singapura. Dalam petikan ucapan beliau, pengkaji mendapati Lee Hsien Loong menggunakan kata bantu seperti marilah, berharap, ayuh dan galakkanlah yang bertujuan untuk menyeru, mempengaruhi pemikiran, berganding bahu dan bekerjasama dan ditujukan kepada rakyat singapura khususnya masyarakat Melayu Islam di Singapura.
Petikan-petikan di bawah ini akan menunjukkan bagaimana kata bantu tersebut diaplikasikan dan memberikan fungsinya yang berbeza:
          1.            Penggunaan kata bantu marilah dalam petikan: Marilah kita berikan yang terbaik demi masyarakat dan negara kita yang tersayang ini. Marilah kita jayakan wawasan kita menuju sebuah Masyarakat Cemerlang dalam negara yang bersatu padu!”, mengajak rakyat agar sentiasa memberikan kerjasama yang padu bagi mencapai wawasan Masyarakat Cemerlang dan bersatu padu dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Singapura.
          2.            Penggunaan kata bantu berharap dalam petikan: “Saya berharap dapat mendengar lebih banyak paluan kompang dan tangisan bayi daripada anda tidak lama lagi!”, memperlihatkan sebuah harapan atau penantian daripada audiens yang ditujukan semasa ucapan tersebut diadakan.
          3.            Penggunaan kata bantu ayuh  dalam petikan: “Saudara, ayuh! Mari bekerja rapat dengan saya dan AP-AP Melayu/Islam saya, dengan para pemimpin masyarakat, untuk mencapai matlamat kita sebagai satu bangsa”, memperlihat sebuah pujukan atau seruan yang mesti dihasut oleh segenap masyarakat Melayu Islam di Singapura.
          4.            Penggunaan kata bantu galakkanlah  dalam petikan: Dalam pada itu, galakkanlah yang sederhana supaya meningkatkan prestasi”, mengajak audiens dan orang ramai untuk saling bantu membantu dalam segala aspek kehidupan agar dapat merentasi tahap yang lebih baik lagi di Singapura.
Dalam petikan-petikan di atas yang telah dihuraikan secara lanjut menunjukkan akan kekuatan kata bantu dalam memberikan pujukan yang sifatnya #pendikarbahasa lebih mantap dan ampuh agar dapat mempengaruhi pemikiran dan menanamkan sebuah semangat baru audiens dan boleh menerima atau melaksanakan apa jua pembaharuan dan kemajuan yang diajukan oleh pemerintah kepada rakyatnya sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Analisis Kesalahan Bahasa

SINONIM DAN KESINONIMAN KATA BAWA

Taksonomi Kesalahan Berbahasa