Perbezaan Teori Lyons dan Odgen
Disiarkan pada 6/11/17 (Isnin)
Oleh: Pendikar Bahasa
Email: Wakeez@hotmail.com
Dalam teori segitiga yang dibawa oleh C.K Odgen dan I.A Richards, beliau telah memperkenalkan
satu teori segitiga semiotik dengan membahagikan bentuk segitiga kepada tiga
komponen penting iaitu Simbol, Konsep dan Rujukan. Rajah di bawah ini adalah ilustrasi
teori segitiga semiotik yang dihasilkan oleh C.K Odgen dan I.A Richards.
Rajah
1
|
Rajah
di atas memperlihatkan kesatuan atau hubungan yang terjalin secara langsung
(garisan langsung) di antara Simbol dengan Konsep, sebelum membincangkan
terlebih jauh apa dia Simbol dan Konsep, maka kita perlu tahu apa dia Simbol,
Simbol itu boleh kita perolehi sama ada melalui lisan atau percakapan ataupun melalui
sesuatu gambar yang mudah difahami dengan jelas contohnya gambar laluan
jejantas, dan bagi menerangkan konsep itu pula ialah sesuatu yang terhasil dari
dalam fikiran yang terbentuk dari sesuatu perkataan atau Simbol.
Bagi
menjelaskan sejaumana kedua-dua komponen ini berhubungan, kita bagi satu contoh
iaitu kereta (simbol); dapat kita ketahui merupakan sebuah kenderaan yang
secara langsung yang boleh kita
gambarkan melalui pemikiran yang menjadi konsep yang wujud di dalam minda
penutur.
Kemudian
menurut Odgen dan Richards, mereka mengatakan bahawa Konsep dan Rujukan
mempunyai hubungan secara langsung diantara kedua-dua nya, sebagai penerangan,
Rujukan ialah benda yang menjadi rujukan yang terhasil daripada konsep yang
hadir di dalam pemikiran (konsep) penutur. Sebagai pencerahan perkataan kereta
tadi merujuk kepada kenderaan, maka apabila kenderaan itu hadir secara fizikal,
maka penutur tersebut akan mengatakan bahawa kenderaan itu adalah kereta.
Akan
tetapi hubungan diantara Simbol dengan Rujukan adalah tidak gramatis dan
mempunyai pertalian yang tidak langsung kerana Simbol itu sifatnya sering
berubah-ubah malahan rujukan itu pula bersifat kekal meskipun konsep yang
dibawakan itu berbeza.
Menurut
Odgen dan Richards, mereka berpendapat bahawa Simbol itu perlu hadir terlebih
dahulu bagi melambangkan sesuatu Konsep yang akhirnya menjadi suatu rujukan.
Akan
tetapi teori yang dihasilkan oleh dua sarjana ini adalah berbeza dengan teori
yang dihasilkan oleh John Lyons, seorang ahli pemikir dan juga ahli linguuistik
yang terkenal, beliau telah memperkenalkan teori tersebut dengan menggunakan
bentuk segitiga serupa dengan bentuk segitiga yang digunakan oleh Odgen dan Richards, #pendikarbahasa namun terdapat perbezaan diantara komponen-komponen penting yang digunakannya
dalam kajian semantik. Sila rujuk rajah di bawah.
Rajah 2
Menurut
teori Lyons, ‘perkataan’ itu dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu
bentuk (form) dan Maksud (Concept), hubungan semantik di antara
‘perkataan’ dan benda merujuk
kepada perkara yang berhubungan dengan penamaan. Perkataan ditandai oleh
konsep dan juga bentuk perkataan yang ada di dalam minda penutur. Konsep
pula merujuk kepada maksud perkataan.
Manakala
referent (rujukan) merujuk kepada benda yang dirujuk atau ditandai.
Garisan yang bertitik itu menunjukkan hubungan tidak langsung di antara
bentuk dan rujukan. Bentuk yang dikaitkan itu denagan rujukan perlulah
melalui perwajaran makna secara bebas.
|
Suatu
perkara yang perlu dibezakan ialah leksem dan makna sesuatu ayat iaitu makna
leksikal dan makna ayat. Kebanyakkan ahli linguistik lebih menumpukan perhatian
kepada makna leksikal daripada makna ayat.
Makna
adalah idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada penutur kepada
fikiran penutur kepada fikiran
pendengarnya yang akan menghasilkan satu bahasa atau satu bahasa yang lain.
Namun tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa adalah releven untuk pembinaan
sebuah teori semantik linguistik.
Menurut
Odgen & Richards dan John Lyons berpendapat tidak ada hubungan sistematik
atau makna di antara simbol dengan acuan kerana hubungan simbol dan tanda
bahasa berubah-ubah atau arbitrari. Secara langsungnya, mereka menyokong
pendapat daripada Aristoteles yang juga mengatakan tidak ada hubungan yang
sistematik antara simbol dan acuan.
Sekiranya
ada hubungan yang sistematik antara simbol dengan makna, maka benda sesuatu
yang sama itu diberikan simbol atau nama yang sama oleh semua orang itu di
dunia ini, namun kenyataan ini tidak dapat dipersetujui oleh Odgen &
Richards dan Aristoteles.
Sebagai
pencerahannya kita dapat ketahui bahawa yang berbeza di antara kedua-dua teori
ini adalah dari segi penamaannya sahaja, namun konsep yang dibawakan tersebut
adalah sama dan cuma terdapat sedikit sahaja perbezaannya.
Sebagai
kesimpulannya, teori-teori tersebut meskipun mempunyai perbezaan dari segi
makna dan pendapat, bukanlah bererti kita tidak dapat dapat mengikuti teori-teori
tersebut kerana kebanyakkan teori-teori yang dibuat itu memiliki kelemahan
mereka masing-masing.
Bibliografi
Herbert
H. Clark, Semantics And Comprehension, Mouton Publishers, The Hague,
Netherlands, 1973.
John
Lyons, Introduction To Theoretical Lingusitics, Cambride University Press,
University of London.
John
Lyons. Bahasa dan Linguistik Suatu Pengenalan, diterjemah oleh Ramli Salleh
& Toh Kim Hoi, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur 1992.
Ruth
M. Kempson, Semantic Theory, Cambrige University Press, University of London.
Stephen
Krashen, Language Acquisition And Language Education, Almany Press, United
States of America, 1985.
Ulasan
Catat Ulasan