Analisis Kesalahan Bahasa
Pengenalan Analisis Kesalahan Bahasa (AKB) merupakan bidang linguistik terapan yang biasanya digunakan dalam bidang pengajaran dan juga pembelajaran bahasa. Analisis kesalahan bahasa ini boleh membantu dalam mempelajari sesuatu bahasa sama ada bahasa pertama (bahasa ibunda), bahasa kedua ataupun bahasa sasaran. Ini kerana terdapat sesetengah penulis masih lagi melakukan kesalahan dalam penulisan mereka dan perkara ini bukan sahaja terjadi kepada para pelajar tetapi ia juga dilakukan oleh para guru yang sudah terlatih. Menurut Hartman dan Stok (1972), Analisis Kesalahan Bahasa merupakan satu teknik untuk mengkaji dan juga untuk mengetahui sejauh mana kemampuan dan kemajuan bahasa pelajar dengan cara mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar tersebut. Menurut Ollerdan Richards (1972) dan Corder (1972) pula, mereka menyifatkan Analisis kesalahan bahasa ini sebagai “ dealing with the differences between the way people learning a language ...
Ulasan
Catat Ulasan