Analisis Kesalahan Bahasa
Pengenalan
Analisis
Kesalahan Bahasa (AKB) merupakan bidang linguistik terapan yang biasanya
digunakan dalam bidang pengajaran dan juga pembelajaran bahasa. Analisis
kesalahan bahasa ini boleh membantu dalam mempelajari sesuatu bahasa sama ada
bahasa pertama (bahasa ibunda), bahasa kedua ataupun bahasa sasaran. Ini kerana
terdapat sesetengah penulis masih lagi melakukan kesalahan dalam penulisan
mereka dan perkara ini bukan sahaja terjadi kepada para pelajar tetapi ia juga
dilakukan oleh para guru yang sudah terlatih.
Menurut
Hartman dan Stok (1972), Analisis Kesalahan Bahasa merupakan satu teknik untuk
mengkaji dan juga untuk mengetahui sejauh mana kemampuan dan kemajuan bahasa
pelajar dengan cara mencatat dan
mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar tersebut.
Menurut
Ollerdan Richards (1972) dan Corder (1972) pula, mereka menyifatkan Analisis
kesalahan bahasa ini sebagai “dealing with the differences between the way
people learning a language speaks and the way adult native speakers of the
language use the language”.
Daripada pendapat
penulis-penulis diatas, dapat disimpulkan bahawa Analisis kesalahan bahasa
merupakan suatu kaedah ataupun cara bagi mengatasi masalah pengendalian dan
mempelajari sesuatu bahasa sama ada bahasa itu terdiri daripada bahasa ibunda,
bahasa kedua ataupun bahasa sasaran dan ia juga boleh membantu para penulis
dalam menghasilkan suatu penulisan yang padat dan berkualiti dari segi
penyampaian bahasa dan boleh berhubung dengan penulisan formal ataupun akademik.
Terdapat
lima langkah penting ataupun peringkat utama dalam mengkaji dan menganalisis
kesalahan bahasa. Lima peringkat utama tersebut adalah :
a) Pengenalpastian
b) Pentafsiran / Interpretasi
c) Pembinaan Semula / Rekonstruksi
d) Pengklasifikasian / Penggolongan
e) Penjelasan
Menurut
Ellis (1986), beliau juga mengemukakan lima langkah tersebut dimana ia
mempunyai kaitan dengan lima langkah menganalisis kesalahan bahasa, iaitu:
a) Mengumpulkan sampel kesalahan
b) Mengidentifikasi kesalahan
c) Menjelaskan kesalahan
d) Mengklasifikasikan kesalahan
e) Mengevaluasi kesalahan
Ahli pengkaji
bahasa telah mengenalpasti bahawa terdapat perbezaan di antara kedua-dua konsep
di dalam kesalahan bahasa iaitu kesalahan (error) dan kesilapan (mistake).
Kedua-dua konsep ini adalah berbeza dari segi pengertiannya. Kesalahan (error)
ini boleh juga dikenali sebagai Kesalahan kemampuan (competence).
Kesalahan
kemampuan ini bermaksud sesuatu kesalahan yang dilakukan di dalam penulisan dan
ia adalah berpunca daripada kurangnya kemampuan ataupun pengetahuan bagi
penulis itu sendiri. Kesilapan pula boleh juga dikenali sebagai Kesalahan
penampilan (performance) dimana kesalahan ini berpunca daripada faktor-faktor
yang berlaku pada fizikal penulis itu sendiri contohnya kerana keletihan,
mengantuk, lupa, tekanan emosi, hendak cepat siap dan lain-lain. Kesalahan penampilan
(performance) ini juga boleh dikenali sebagai “Slip of the toungue”.
Maksudnya disini ialah, disebabkan faktor-faktor fizikal yang dialami oleh
penulis tersebut, maka tidak mustahil bagi penulis itu membuat kesilapan dalam
penulisannya. Perkara ini boleh menyebabkan kesalahan dalam pembinaan ayat
contohnya seperti “angkat kain hujan, jemuran dah turun” dimana
sepatutnya pembinaan ayat yang betul ialah “angkat kain jemuran, hujan dah
turun”. Perkara ini sewajarnya boleh berlaku kepada penulis yang tidak
dapat memberi tumpuan penuh kepada penulisan dan perkara ini sememangnya boleh
diperbetulkan kerana sebenarnya penulis memang mengetahui akan ayat yang
sebenar tetapi disebabkan terdapatnya gangguan sama ada dari segi fizikal
ataupun mental maka penulis tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada
penulisannya tersebut.
Data 2
Kajian telah
pun dilakukan pada penulisan karangan bagi pelajar tahun 8 dan melalui kajian
tersebut telah di dapati bahawa pelajar tahun 8 ini banyak melakukan kesalahan
dalam penulisan mereka sama ada dari segi Taksonomi kategori linguistik,
Taksonomi siasat permukaan, Taksonomi komparatif dan juga Taksonomi efek
komunikasi.
Daripada
karangan yang telah dikaji yang bertajuk “Disiplin Pelajar Sekolah”
(sila rujuk lampiran m.s **) terdapat banyak kesalahan yang dilakukan dan
kesalahan yang dilakukan ini juga merujuk kepada kesalahan kemampuan dan
kesalahan penampilan. Contohnya seperti “Banyak murid-murid atau penuntut
sudah melanggar peraturan dan disiplin”. Dari contoh ini dapat kita lihat
bahawa pelajar ini telah melakukan kesalahan kemampuan dimana pelajar ini telah
menulis “Banyak murid-murid”. Kesalahan ini boleh juga diklasifikasikan
dengan Taksonomi Siasat Permukaan (penambahan). Ini kerana pelajar telah
menulis perkataan yang berulang-ulang (repetitive). Ayat tersebut boleh di
ringkaskan menjadi “Banyak murid” ataupun ayat yang lebih sesuai seperti
“ramai pelajar” ataupun “ramai murid”. Di dalam ayat ini juga
terdapatnya pengaruh bahasa pertama (bahasa ibunda) iaitu “sudah”.
Perkataan tersebut lebih sesuai jika diganti dengan “telah”. Ayat bagi
contoh ini lebih sesuai jika direkonstruksikan menjadi “sejak kebelakangan
ini, jumlah pelajar yang mempunyai masalah disiplin semakin meningkat”.
Ayat sebegini sememangnya boleh membantu pembaca dalam memahami penafsiran ayat
tersebut dan isi kandungannya juga adalah lebih padat dan kemas.
Contoh
seterusnya bagi data kedua ini adalah “mengunakan pakaian yang tidak
teratur, ponteng, merokok dan lain-lain”. Daripada ayat ini dapat dikenal
pasti bahawa ia juga adalah tergolong daripada kesalahan kemampuan. Pertama,
terdapat kesalahan ejaan di dalam ayat tersebut iaitu “mengunakan” dimana
ejaan yang betul adalah “menggunakan”. Kesalahan ini boleh
diklasifikasikan di dalam Taksonomi kategori linguistik kerana terdapat
kesalahan dalam ejaan di dalam ayat ini. Pembinaan bagi ayat ini juga kurang
sesuai, contohnya “mengunakan pakaian yang tidak teratur”. Ayat akan
nampak lebih kemas dan sesuai jika direkonstruksikan menjadi “memakai
pakaian yang tidak sesuai”. Setelah diubahsuai dan direkonstruksikan, ayat
tersebut diubah menjadi “memakai pakaian yang tidak sesuai di sekolah,
ponteng kelas, merokok dan lain-lain”.
Daripada
kedua-dua contoh tersebut, dapat dilihat bahawa pelajar tahun 8 ini sering
melakukan kesalahan kemampuan dan kesalahan ini adalah tergolong daripada
kategori taksonomi siasat permukaan penambahan (addition) dan juga taksonomi
kategori linguistik (kesalahan ejaan). Ayat daripada penulisan ini menunjukkan
bahawa pelajar masih lagi lemah dan belum dapat menguasai pembinaan ayat
sepenuhnya. Pelajar ini juga berkemungkinan mempunyai pengaruh bahasa pertama
(bahasa ibunda) yang kuat menyebabkan ia terpengaruh kepada penulisannya.
Masalah ini boleh diatasi jika pelajar ini rajin membaca buku-buku ataupun
artikel yang berhubung kepada cara penulisan akademik dan tidak lupa juga
bimbingan daripada guru ataupun ibu bapa yang sememangnya boleh membantu
pelajar ini dalam memperbaikikan lagi penulisannya.
Penutup
Analisis
kesalahan bahasa merupakan satu teknik ataupun kaedah yang digunakan untuk
menilai tahap kemampuan pelajar dari segi bahasa mereka sama ada bahasa
pertama, bahasa kedua ataupun bahasa sasaran. Perkara ini adalah sangat serius
kerana bahasa mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan suatu penulisan
mahupun karya bagi seseorang penulis tersebut. Jika penulis mempunyai masalah
dan pengaruh yang kuat terhadap bahasa yang tidak sepatutnya dilampirkan di
penulisan akademik, berkemungkinan besar ia akan menghasilkan sesuatu penulisan
yang tidak layak dianggap sebagai penulisan akademik.
Analisis
kesalahan bahasa yang telah dibuat terhadap penulisan para pelajar ini jelas
memberikan satu manfaat yang besar kerana dengan sendirinya ia juga telah
membantu pelajar itu sendiri dalam memperbaiki bahasa dari segi penulisan dan
juga faktor-faktor lain sama ada dari segi tatabahasa, ejaan, pemberian tanda
baca dan lain-lain. Pemahaman dalam analisis kesalahan bahasa ini memberi impak
yang besar kepada para pelajar dalam menghasilkan suatu penulisan yang bukan
sahaja kemas dan padat tetapi berkualiti dari segi bahasa.
Lampiran
Karangan pelajar tahun 8 (Karangan asal)
Tajuk : Disiplin Pelajar Sekolah
Banyak
murid-murid atau penuntut sudah melanggar peraturan dan disiplin sekolah,
contohnya berkelahi, membawa telepon bimbit, mencoteng papan hitam atau papan
putih, membuli, mengunakan pakaian yang tidak teratur, ponteng, merokok dan
lain-lain.
Kebanyakkan
murid-murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah, sepertinya ponteng
sekolah. Mereka suka ponteng sekolah, kerana tidak mau belajar, dan kebanyakkan
murid yang ponteng sekolah akan ketinggalan pelajaran. Oleh sebab itu
sebahagian sekolah memagari dikeliling kawasan sekolah dan mempunyai pengawas.
Membawa telephone bimbit juga tidak digalakan oleh pihak sekolah, kerana
ketakutan akan meniru semasa dalam peperiksaan. Ianya juga akan melalai
pelajaran yang diajar oleh guru. Merokok juga seperti itu. Pihak polis melarang
orang yang dibawah umur 18 tahun merokok akan mengakibat sakit jantung.
Pihak polis
juga melarang murid-murid atau penuntut-penuntut membawa dadah. Dada
sangat-sangat membahayakan diri. Oleh sebab itu pihak sekolah melarang pelajar
sekolah membawa atau menghisap dadah.
Disiplin
sekolah adalah contoh bagi pelajar. Jangan melakukan apa-apa yang dilarang oleh
pihak sekolah.
*Sekolah berjaya,
Murid senang,
Pelajar berjaya,
Hati pun senang.
Bil
|
Ayat Salah
|
Pengenalpastian
|
Pentafsiran
|
Rekonstruksi
|
Pengklasifikasian
|
Penjelasan
|
1
|
Banyak murid-murid atau
penuntut sudah melanggar peraturan dan disiplin
|
Kemampuan
|
“Telah”
“Banyak murid”
|
Sejak kebelakangan ini, jumlah penuntut yang mempunyai masalah
disiplin semakin meningkat
|
Taksonomi Siasat Permukaan
|
Penuntut
ini tidak pandai mengolah ayat yang sesuai dan juga terdapat pengaruh bahasa
ibunda contohnya “sudah”
|
2
|
Contohnya berkelahi, membawa telepon bimbit, mencoteng
papan hitam.
|
Kesilapan
|
Merujuk kepada “telefon” dan “menconteng”
|
Contohnya berkelahi, membawa telefon bimbit, menconteng papan hitam.
|
Taksonomi Kategori Linguistik
|
Penuntut
ini telah membuat kesalahan dalam ejaan dan ejaan perkataan “telepon”
tersebut mungkin kerana penuntut masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap bahasa ibunda.
|
3
|
Mengunakan
pakaian yang tidak teratur, ponteng, merokok dan lain-lain.
|
Kemampuan
|
“tidak sesuai”
Menggunakan
|
Memakai pakaian yang tidak sesuai di sekolah, ponteng
kelas, merokok dan lain-lain.
|
Taksonomi Kategori Linguistik
|
Terdapat
kesalahan ejaan iaitu “Mengunakan”. Ejaan yang sebenar adalah “Menggunakan”
dan penuntut ini tidak menggunakan ayat yang sesuai, contohnya “Menggunakan
pakaian”. Ayat akan nampak lebih sesuai jika diganti dengan “Memakai
pakaian”.
|
4
|
Kebanyakkan murid-murid
yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah, sepertinya ponteng
sekolah.
|
Kemampuan
|
“Kebanyakan” dan “seperti” / ”Contoh”
|
Di antara masalah disiplin yang sering berlaku adalah seperti ponteng
sekolah
|
Taksonomi Kategori Linguistik
|
Terdapat
kesalahan ejaan iaitu “Kebanyakkan”
(Sering berlaku) dan penuntut ini masih belum dapat
menguasai tatabahasa dan mengolah ayat yang padat dan sesuai contohnya “sepertinya”
|
5
|
Mereka suka ponteng sekolah, kerana tidak mau belajar, dan
kebanyakkan murid yang ponteng sekolah akan ketinggalan pelajaran.
|
Kemampuan
|
Merujuk kepada “mahu” dan “kebanyakan”(Kesalahan Ejaan)
|
Mereka selalu ponteng sekolah kerana tidak mahu belajar
dan perkara ini boleh menyebabkan murid-murid akan ketinggalan banyak
pelajaran.
|
Taksonomi Kategori Linguistik
|
Penuntut
ini masih lagi keliru dengan bahasa ibunda dengan bahasa melayu standard,
contohnya “mau”. Ejaan sebenar adalah “mahu” dan juga terdapat
kesalahan ejaan iaitu “kebanyakkan”. Penuntut ini juga sering
menggunakan “,” pada ayat-ayat yang tidak sesuai.
|
6
|
Oleh sebab itu sebahagian sekolah memagari
dikeliling kawasan sekolah dan mempunyai pengawas
|
Kemampuan
|
Pagar telah dipasang
Pengawal adalah
perkataan yang lebih sesuai kerana penuntut ini merujuk kepada sekuriti
|
Oleh kerana itu, kebanyakan sekolah telah pun dipasang pagar dan pengawal juga disediakan untuk
mengawal dan memantau sekolah tersebut.
|
|
Penuntut
ini masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa ibunda iaitu “memagari”
dan terdapat perkataan yang tidak sesuai dengan ayat contohnya “Pengawas”,
ia lebih sesuai jika ditukar kepada “Pengawal”.
|
7
|
Membawa telephone bimbit juga tidak digalakkan oleh pihak
sekolah, kerana ketakutan akan meniru semasa dalam peperiksaan.
|
Kemampuan – “ketakutan” (kesalahan tatabahasa)
Kesilapan (kesalahan ejaan) – “telephone” =“telefon”
|
Merujuk kepada “telefon” (dalam bahasa melayu) dan kesalahan
tatabahasa berlaku disini,”ditakuti adalah perkataan yang sesuai berbanding
“ketakutan”
|
Membawa telefon bimbit juga tidak dibenarkan oleh pihak
sekolah kerana ditakuti penuntut akan menggunakan telefon bimbit ini
sebagai alat untuk meniru semasa di dalam peperiksaan.
|
|
Penuntut
masih lagi keliru terhadap ayat bahasa melayu dengan bahasa inggeris iaitu “telephone”
memandangkan sebutannya juga tidak kurang bezanya dengan ayatnya dalam bahasa
melayu iaitu “telefon”. Penuntut ini juga masih belum dapat menguasai
perkataan dan pengolahan ayat. Contohnya “ketakutan”. Di dalam ayat
ini, perkataan yang lebih sesuai ialah “ditakuti” .
|
8
|
Ianya juga akan melalai pelajaran yang diajar oleh guru.
|
Kemampuan
|
“melalaikan”/ ”lalai”
|
Perkara ini boleh menyebabkan penuntut itu menjadi lalai dan
tidak mengambil perhatian di dalam kelas.
|
|
Kurang
kreativiti dan belum lagi dapat menguasai tatabahasa dalam mengulaskan
sesuatu ayat.
|
9
|
Pihak polis melarang orang yang dibawah umur 18 tahun merokok
akan mengakibat sakit jantung.
|
Kemampuan
|
“mengakibatkan” / “akibat”
|
Menjual rokok pada remaja yang berumur dibawah 18 adalah tidak
dibenarkan dan merokok ini boleh mengakibatkan
sakit jantung.
|
|
Penuntut
ini belum mempunyai pengetahuan dunia yang mencukupi dan ayat yang diolahkan
oleh penuntut ini boleh menyebabkan pembaca menjadi keliru kerana ayat-ayat
tersebut tidak tersusun dan ayat tersebut terus meloncat ke subjek lain.
|
10
|
Dada
sangat-sangat
membahayakan diri.
|
Kemampuan
|
Merujuk kepada “dadah” dan “sangat”
|
Dadah boleh membawa padah kepada diri sendiri.
|
Taksonomi Siasat Permukaan (addition) / (Penambahan)
|
Terdapat
kesilapan ejaan iaitu “dada”. Ejaan yang betul adalah “dadah”
dan penuntut ini telah membuat kesalahan iaitu “sangat-sangat” dimana
ayat ini sebenarnya tidak wujud. Perkara ini terjadi mungkin kerana pengaruh
bahasa ibunda yang sering digunakan.
|
surat itu ialah daripada rakan saya yang telah lama berpindah ke k
BalasPadamuala Lumpur
Negeri Melaka merupakan negeri yang popular sekali dengan bangunan bersejarah
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam