Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

How to make a simple and quick paper plane

Imej

Bab 5 Penggunaan fonem ng- dalam Bahasa Melayu Brunei

5.0       KESIMPULAN Penyelidikan ini dijalankan adalah bagi mendapatkan sumber dan data mengenai fonem /ŋ/ yang digunakan dalam BMB, iaitu dengan menumpukan kepada penutur-penutur BMB yang menggunakan fonem /ŋ/ pada permulaan kata, penyisipan nasal, akhiran dan penambahan terhadap akhir suatu kata dengan menggunakan fonem /ŋ/. Data-data yang diperolehi dalam penyelidikan ini adalah dengan melalui dua kaedah melalui soal kaji selidik dan media sosial, iaitu Facebook dan Whatsapp. Penggunaan fonem /ŋ/ sebagaimana yang dijelaskan dalam bab analisis kajian (Hal. 16) dan dapatan kajian (Hal. 25) telah menunjukkan akan kepelbagaian fungsi yang terdapat dalam BMB dan penggunaan fonem /ŋ/ dengan memerhatikan perbezaannya, iaitu dengan melihat penggunaan imbuhan pada awal kata yang digunakan dalam BMS. Namun demikian, dapatlah disimpulkan bahawa fonem /ŋ/ dalam BMB merupakan sebahagian daripada imbuhan awalan {meng-} dalam BMS.  Penggunaan fonem /ŋ/...

Bab 4 Penggunaan fonem ng- dalam Bahasa Melayu Brunei

4.0       PENGENALAN Bab ini merupakan kesinambungan daripada bab 3, iaitu Analisis Kajian yang dianalisis daripada aplikasi media sosial, iaitu Whatsapp dan Facebook serta jawapan-jawapan yang diperolehi melalui soal kaji selidik (Lampiran 1). Data yang dianalisis dalam bab 3 (Hal. 16) adalah berpandukan kepada beberapa objektif kajian yang telah ditentukan, iaitu: 1.       Mengenalpasti kekerapan fonem /ŋ/ yang digunakan oleh penutur-penutur BMB. 2.       Mengenalpasti fungsi fonem /ŋ/ yang digunakan dalam kata kerja dan kata nama. 3.       Membandingkan fungsi fonem /ŋ/ yang ada dalam BMB dengan awalan meng- dalam BMS. 4.       Mencirikan penggunaan fonem /ŋ/ yang digunakan dalam kata kerja dan kata nama. Oleh yang demikian, menerusi bab 4 ini, kajian akan membuat beberapa perbincangan dengan lebih lanjut mengenai objektif-objektif yan...